Jom Lihat Perbezaan Model Yamaha Y15ZR MotoGP Movistar Terbaru

Y15zr Movistar Baru

Sewaktu kehangatan saingan antara dua model impian kaki kapcai Malaysia. Iaitu diantara motosikal Yamaha Y15ZR dan motosikal Honda RS 150R . Kini pengeluar model Yamaha telah pun memperkenalkan edisi kedua bagi Yamaha Y15ZR Movistar MotoGP Edition.

Kalau dulu Yamaha Y15ZR Movistar MotoGP Edition sangat limited, kini ia muncul dengan corak baru. Amat malang juga mereka yang mendapatkan versi pertama dengan harga mencecah RM12K. Tapi tak mengapalah, itu terpulanglah pada penilaian masing-masing, janji korang puas hati!

Dari segi pemerhatian model terbaru ini, ia tidak mempunyai perbezaan ketara dari segi rekabentuk motosikal, cuma terdapat perbezaan logo bahagian firing bawah. Memandangkan, pasukan Yamaha telah mengikat kontrak dengan syarikat ENEOS, pengeluar minyak pelincir dalam moto GP, maka logo YAMALUBE telah diganti dengan logo ENEOS. Lihat paparan dibawah.

Beza-Y15ZR-Movistar-Baru-kiri-dan-Y15ZR-Movistar-Lama-kanan-e1506627194203 Jom Lihat Perbezaan Model Yamaha Y15ZR MotoGP Movistar Terbaru

Beza Y15zr Movistar Baru 2016 (Kiri) Dan Y15zr Movistar Lama 2015 (Kanan)

Selain itu juga, logo pada bahagian mudguard hadapan motosikal telah diletakkan logo MotoGP World Champion”. Manakala tiada logo ini dipamerkan pada model Yamaha Y15ZR terdahulu.

Yamaha-Y15ZR-motoGP-Edition-2016-e1500656189434 Jom Lihat Perbezaan Model Yamaha Y15ZR MotoGP Movistar Terbaru

Logo-pada-mudguard-Depan-e1500656202319 Jom Lihat Perbezaan Model Yamaha Y15ZR MotoGP Movistar Terbaru

Selain itu, motosikal Yamaha Y15ZR Movistar terbaru masih mengekalkan logo Movistar, huruf “M” yang sama. manakala warna rim motosikal edisi terbaru ini masih lagi sama seperti sebelumnya iaitu warna Blue GP, begitu juga dengan warna motosikal. Harga yang ditawarkan sebenarnya tiada perbezaan dengan model biasa. Namun, jika ada permintaan, mungkin harganya juga akan naik bergantung kepada pemilik kedai motosikal di kawasan anda.

Yamaha-Y15ZR-Movistar-MotoGP-Edisi-pertama-e1500656230489 Jom Lihat Perbezaan Model Yamaha Y15ZR MotoGP Movistar Terbaru

Yamaha Y15ZR MotoGP Edition Movistar 2015

Yamaha-Y15ZR-motoGP-Edition-Movistar-2016-e1500656247230 Jom Lihat Perbezaan Model Yamaha Y15ZR MotoGP Movistar Terbaru

Yamaha Y15ZR MotoGP Edition Movistar 2016

Loading...

Tags: #beza y15zr movistar lama dan baru #gambar super cub 150 yamaha #motosikal yamaha exciter #motosikal yamaha y15zr #Y15zr movistar 2016 baru #yamaha 50 tahun #yamaha y15zr movistar #Yamaha Y15ZR Movistar baru 2016

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Leave a reply "Jom Lihat Perbezaan Model Yamaha Y15ZR MotoGP Movistar Terbaru"