Biodata Liza, Penyampai Popular Radio Kool.FM

Biodata Liza, Penyampai Popular Radio Kool.FM

Selepas menjuarai program Projek Metro beberapa tahun dahulu, rezeki wanita bernama Khairu Norliza Khairudin atau Liza semakin mencurah-curah

Bukan sahaja bergelar penyampai radio Hot.FM, figura kecil molek ini menggalaskan tugas sebagai pengacara program bicara pagi terkenal TV3 iaitu Malaysia Hari Ini.

Bermula dari situ, anak jati Kuantan Pahang ini mula membina jenamanya sendiri selain mengutip ilmu serta pengalaman di dalam dunia penyiaran radio dan televisyen.

Pada 3 Mac 2016, si cantik manis ini mula bersiaran di radio baharu Media Prima iaitu Kool.FM. Di Kool.FM, Liza bersama-sama Muaz Mohamed mengendalikan segmen Petang Kool setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 3 hingga 7 petang.

Sehingga artikel ini ditulis, wanita berusia 31 tahun ini mempunyai lebih 70,000 pengikut di Instagram miliknya. Jangan buang masa, jom kenali lebih dekat dengan Liza Kool.FM.

Biodata Ringkas Liza Kool.FM

gambar-liza-kool-FM-300x300 Biodata Liza, Penyampai Popular Radio Kool.FM

Nama Penuh: Khairu Norliza Khairudin
Nama Komersil: Liza Kool.FM/Liza Khairudin
Umur: 31 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 26 Februari 1986
Zodiak: Pisces
Asal: Kuantan, Pahang
Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara TV, Kolumnis & Usahawanita
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Hos TV: CJ Wow Shop, Sembang Sahur, Malaysia Hari Ini (MHI) & Muzik-Muzik.

Laman Media Sosial Liza Kool.FM

Trivia Menarik Liza Kool.FM

  • Sebelum pindah ke Kool.FM, Liza adalah penyampai radio Hot.FM dan pernah mengendalikan segmen Hot.FM Jam bersama Kieran dan Ikhwan.
  • Mula memakai hijab sepenuhnya sekitar Oktober 2015.
  • Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pujaan hati bernama Mohd Khairil Anuar pada 26 Februari 2016. Suaminya adalah seorang jurulatih senaman.
  • Menjadi kolumnis jemputan untuk akhbar Berita Harian (BPop).
  • Meskipun dibesarkan di Kuantan, Pahang, Liza sebenarnya dilahirkan di Jeli, Kelantan.
  • Pemegang Diploma Kewartawanan dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) yang dahulunya dikenali sebagao Akademi TV3.
  • Cita-cita sebenarnya adalah untuk bergelar seorang doktor.
  • Pemilik tali pinggang hitam Tae Kwan Do.
  • Jika diberikan peluang di masa depan, Liza teringin untuk mengacara rancangan popular TV3 iaitu Nona.
  • Takut pada tempat tinggi.
azlan-150x150 Biodata Liza, Penyampai Popular Radio Kool.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Liza Kool.FM #Kenali Liza Kool.FM #Liza Juara Projek Metro #LIZA KHAIRUDIN #Liza Kool.FM #Liza Penyampai Radio Kool.FM #Profil Liza Kool.FM

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.