5 Trivia Menarik Tentang Alif Hadi, Aktor Drama Red Velvet

5 Trivia Menarik Tentang Alif Hadi, Aktor Drama Red Velvet

Kelibat empunya nama Muhammad Alif Abd Hadi atau Alif Hadi ini agak asing di dalam kalangan peminat seni tempatan meskipun telah bergiat aktif dalam bidang hiburan sejak 2010.

Karier seni figura ini bermula sebagai pengacara dimana mengendalikan pelbagai program televisyen berbentuk format, santai dan hiburan seperti Selamat Pagi Malaysia, Doktor Siber, Chikiboom, Juara Pujaan dan Apa Nak Masak.

Terus memandang ke hadapan, anak jati Selangor ini memperluaskan lagi bakatnya di pentas lakonan. Antara drama dan telefilem yang dibintanginya adalah Sayangku Kapten Mukhriz, Cinta Mat Semperit, Alim-Alim Kuching, Dia Semanis Honey dan Duda Terlajak Laris.

Terkini, drama lakonanya berjudul Red Velvet sedang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 10.00 malam menerusi slot MegaDrama di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Pembaca, jom kenali jejaka berusia 29 tahun yang berbakat besar ini.

1. Lulusan Undang-Undang

Alif adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Oxford Brookes University, Oxford, United Kingdom dan Master Pengurusan Jenayah Ekonomi dari HELP University College.

2. Berlakon Iklan-Iklan Komersil

Selain drama dan telefilem, Alif turut menghiasi beberapa iklan komersil seperti Pizza Hut, Suzuki Nex, Coca-Cola, Streamyx, Brylcreem, PLUS Highway, Oldtown White Coffee, Lenovo A1, Nikon dan banyak lagi.

3. Miliki Darah Campuran

Anak bongsu daripada dua beradik ini memiliki darah campuran iaitu Melayu, Cina dan India.

4. Sertai Program Aksi Lasak

Pernah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia 2012 sekumpulan dengan Gambit Saifullah. Walaupun tidak dapat ke pentas akhir, pasangan ini memberikan saingan yang hebat dan bertenaga sepanjang program tersebut.

5. Aktif Sukan Papan Luncur (Skateboard)

Sebelum terjun ke dunia lakonan dan pengacaraan, Alif sangat aktif bermain sukan papan luncur sejak berusia 14 tahun lagi. Bukan sahaja di Malaysia, Alif turut menyertai beberapa pertandingan papan luncur di peringkat antarabangsa. Sepanjang terlibat dalam sukan berkenaan, Alif pernah menjuarai Southern United 2011 Sesh (Game of SKATE), October Crazeecausa Crazee on the Street 2014 (Game of SKATE), Karnival Gen S 2015 (Game of SKATE) dan Crazeecausa Game of SKATE 2016.

Biodata Ringkas Alif Hadi

Nama Penuh:Muhammad Alif Abd Hadi
Nama Komersil: Alif Hadi
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 30 Jun 1988
Zodiak: Cancer
Asal: Shah Alam, Selangor
Adik Beradik: Anak bongsu daripada dua beradik
Kerjaya: Pelakon & Pengacara TV
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Red Velvet, Dia Semanis Honey, Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Sayangku Kapten Mukhriz, Cinta Nasi Ambeng, Banglo Seksyen 2, Anak Patung, Samudera Rindu, Duda Terlajak Laris, Shahadat Cinta, Rumah Kedai, Cornetto Kisah Chenta Uda Dan Dara, Anugerah Terindah, Impian L, Istikharah Cinta, Aku Mahu Super Bibik, Roti Bom Mak Tom, Cinta Mat Semperit, Alim-Alim Kuching, Penunggu Bayang dan banyak lagi.

TV Host: 24-7, Juara Pujaan, Bintang Klasik Akhir, Terbaik Dari Ladang, Hidayah, Makan-Makan@Brunei, Rasa Sayang Aidilfitri, Santai-Santai Ke Johor, Music Extra, Apa Nak Masak, 1Peluru, Chikiboom, Selamat Pagi Malaysia, Klik-i, Doktor Siber dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Alif Hadi

Foto Menarik Alif Hadi

Alif-Hadi-Aktor-Drama-Red-Velvet-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Alif Hadi, Aktor Drama Red Velvet foto-Alif-Hadi-Aktor-Drama-Red-Velvet-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Alif Hadi, Aktor Drama Red Velvet laman-sosial-alif-hadi-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Alif Hadi, Aktor Drama Red Velvet wajah-alif-hadi-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Alif Hadi, Aktor Drama Red Velvet

azlan-150x150 5 Trivia Menarik Tentang Alif Hadi, Aktor Drama Red Velvet

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Alif Hadi #Alif Hadi Aktor Drama Red Velvet #alif hadi cerai #alif hadi dan isteri #alif hadi family #alif hadi kahwin #alif hadi wikipedia #Biodata Alif Hadi #Biodata Ringkas Alif Hadi #Drama Red Velvet Astro Ria #Kenali Alif Hadi #Pelakon Drama Red Velvet #Trivia Menarik Alif Hadi

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.