Biodata Liza Soberano, Dinobatkan Wanita Tercantik Di Dunia 2017!

Liza Soberano, Wanita Paling Cantik Dunia 2017

Liza Soberano, satu nama yang tidak asing lagi buat kalangan peminat setia drama-drama daripada Filipina.

Bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik menawan, wanita berusia 20 tahun ini juga berbakat besar di pentas seni lakonan.

Jika dahulu wajahnya hanya dilihat sebagai watak sampingan atau pembantu tetapi kini si cantik ini boleh tersenyum bangga apabila menjadi salah seorang heroin pujaan Filipina.

Memulakan karier sebagai anak wayang sekitar 2012, pemilik nama lengkap Hope Elizabeth Hanley Siberano ini telah membintangi pelbagai siri televisyen dan filem termasuklah Dolce Amore, Forevermore, Just The Way You Are, Everyday I Love You dan My Ex And Whys.

Drama lakonannya iaitu Dolce Amore dan Forevermore pernah ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Astro Prima 105 pada 2017 yang mana mendapat sambutan mengalakkan daripada peminat tanah air.

Untuk 2018, Liza bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Darna yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Paling menarik, aktres kelahiran Santa Clara, California, Amerika Syarikat ini diangkat sebagai wanita paling cantik di dunia 2017 oleh Independent Critics yang diketuai pengkritik filem TC Candler menerusi ‘The 100 Most Beautiful Faces 2017’ di mana beliau telah menewaskan lebih 90,000 selebriti wanita di seluruh pelusuk dunia. Pada tahun 2016, Liza menduduki tangga kedua manakala pada 2015 beliau meraih di tempat kelima.

Apa tunggu lagi, jom semak biodata dan trivia ringkas tentang figura berbintang Capricorn ini.

Biodata Ringkas Liza Soberano

Nama Penuh: Hope Elizabeth Hanley Soberano
Nama Komersil: Liza Soberano
Umur: 20 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 4 Januari 1998
Zodiak: Capricorn
Asal: Santa Clara, California, Amerika Syarikat
Menetap: Filipina
Kerjaya: Pelakon & Model
Agama: Kristian
Warganegara: Filipina

Drama: Dolce Amore, Forevermore, Bagani, Maalalala Mo Kaya, Got To Believe, Wansapanataym, Luv U dan banyak lagi.

Filem: Just The Way You Are, Everyday I Love You, My Ex And Whys, Darna, She’s The One, Must Be Love dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Liza Soberano

Trivia Ringkas Tentang Liza Soberano

  • Liza mewarisi darah campuran Filipina di sebelah ayahnya (John Castillo Soberano) dan Amerika di sebelah ibunya (Jacqulyn Elizabeth Hanley).
  • Hobi si cantik manis ini adalah bermain gitar, membaca dan bermain bola tampar.
  • Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia setahun lalu dibesarkan oleh datuk dan neneknya.
  • Liza pulang ke Filipina ketika berusia 10 tahun dan menetap dengan ayahnya.
  • Beliau mempunyai enam adik-beradik tiri di sebelah ibunya manakala seorang adik tiri di sebelah ayahnya.
  • Liza mempunyai alahan pada cuka dan sangat takut pada anak patung.
  • Peminat setia Justin Bieber.
  • Sangat mengagumi beberapa selebriti antarabangsa seperti Jessica Alba, Zac Efron, Anne Curtis dan Coco Martin.
  • Dikatakan sedang bercinta dengan pelakon kacak Filipina, Enrique Rill sehingga terciptanya #LizQuen.
  • Wajahnya dikatakan seiras dengan pelakon dan pengacara tanah air, Elfira Loy.
  • Liza mengimpikan untuk berlakon dalam filem seram bersama Zombi.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Liza memiliki 6.8 juta pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Liza Soberano, Dinobatkan Wanita Tercantik Di Dunia 2017!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Liza Soberano #Kenali Liza Soberano #Liza Soberano #liza soberano 2017 #liza soberano age #Liza Soberano Aktres Cantik Filipina #liza soberano and enrique gil #liza soberano biography #liza soberano mother #liza soberano movies #liza soberano parents #Liza Soberano Pelakon Dolce Amore #Liza Soberano Pelakon Forevermore #liza soberano siblings #Liza Soberano Wanita Tercantik Di Dunia 2017 #Siapa Liza Soberano #Wanita Tercantik Di Dunia 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.