Biodata Haziq Putera Band Yang Popular Dengan Lagu Rebahku Tanpamu

Haziq Putera Band

Kumpulan muzik yang terkenal dengan nama Putera Band menjadi perhatian ekoran kejayaan lagu Rebahku Tanpamu yang mendaki carta-carta muzik di Malaysia. Lagu Rebahku Tanpamu dicipta oleh Aliya dan diterbitkan di bawah label FMC Music Sdn Bhd. Figura ini adalah anak kepada penyanyi Norhaslinda Ishak atau Linda dari kumpulan dangdut era 90-an, Eva yang pernah popular menerusi lagu Bulan Cinta. Mempunyai hubungan keluarga dengan Aiman Tino (sepupu). Mempunyai hobi berenang dan bermain gitar.

Putera Band dianggotai oleh 4 anak muda remaja yang sangat meminati bidang muzik. Penyanyi utama Putera Band iaitu Haziq adalah sepupu kepada penyanyi popular, Aiman Tino.

Beliau yang kini bergerak solo, pernah menganggotai Putera Band selaku vokalis di samping tiga ahli lain iaitu Mohamad Alift Abu Hasan Asa’Ari atau Alepp sebagai pemain dram, Muhammad Aidid Farhan Suhami (Aidid, pemain bes) dan Mohammad Fitri Abu Hasan Asa’ri (Baby, pemian gitar utama). Lagu-lagu hits dipopularkan mereka ialah Rebahku Tanpamu, Tersiksa dan Dilema.

Pada Februari 2018, beliau terlibat dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori yang diparkir di bahu jalan. Rentetan itu, dia cedera di bahagian paru-paru, mengalami retak pada tulang tengkuk serta patah tulang rusuk.

Figura ini pernah menimpa kemalangan sebelum ini dan terkini beliau dilaporkan mengalami kemlangan sekali lagi apabila motosikal yang diboncengnya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju dari arah belakang hingga mengakibatkannya mengalami kecederaan yang agak kritikal pada kaki kanan sehingga terpaksa dibedah sebanyak dua kali. Semoga penyanyi ini cepat pulih seperti sediakala.

Biodata Haziq Putera Band :
Nama Penuh: Muhammad Haziq Putera
Nama Panggilan: Haziq
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Asal: Ampang
Nama Kumpulan: Putera Band
Lagu/Single: Rebahku Tanpamu
Twitter: https://twitter.com/puteraband_ofc
Instagram : https://www.instagram.com/official_puteraband/

logo-150x150 Biodata Haziq Putera Band Yang Popular Dengan Lagu Rebahku Tanpamu

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Biodata Haziq Putera Band Yang Popular Dengan Lagu Rebahku Tanpamu

Loading...

Tags: #biodata putera band #haziq putera band #haziq putera band ig #haziq putera band kemalangan #haziq solo #putera band #putera band biodata #rebahku tanpamu #sepupu aiman tino #tarikh lahir haziq putera band

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.