Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TV

Biodata Jasmine Suraya Chin Hos Bola Sepak Paling Cun

Sinopsis Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Akasia-maaf-jika-aku-tak-sempurna-e1502470153910-150x150 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TVDrama berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna merupakan drama adaptasi dari novel yang ditulis oleh Acik Lana. Drama bersiri ini mempunyai 32 episod dengan menampilkan pelakon seperti Sara Ali yang bergandingan bersama Fahrin Ahmad sebagai watak utama dan juga dibintangi oleh beberapa pelakon lain. Di antaranya ialah Tasha Shilla, Ika Nabella, Hefny Sahad, Amy Mastura, Reza Hasbi, Azri AF9 serta bintang baru Shella Faeiz, Marr Mohamad dan Sabreena Ibrahim.

Ia mengisahkan Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu.

Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut.

Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina. Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu. Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua. Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi. Dia benar-benar bencikan Luqman.

Biarpun Luqman seorang lelaki yang kacak dan menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya. Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan. Dan kerana terpaksa, Melina dikahwinkan dengan Luqman.

Biodata Jasmine Suraya Chin

Nama Penuh : Jasmine Suraya Chin Xian Mei
Nama Komersial : Jasmine Suraya Chin
Umur : 23 Tahun (2016)
Asal : Sarawak
Keturunan : Cina
Agama : Kristian
Warganegara : Malaysia
Pendidikan : Ijazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi, Monash University, Melbourne, Australia
Kerjaya : Pengacara, hos dan pelakon
Pencapaian : Host Winner of Pantene’s Star Search Malaysia 2013
Drama : Memegang watak Effa sebagai pelakon pembantu dalam drama Maaf Aku Jika Tak Sempurna (TV3)

Info Sensasi Jasmine Suraya Chin

  • Jasmine Suraya dikritik oleh netizen kerana berpakaian seksi.
  • Jasmine Suraya mendapat perhatian dikalangan peminat bolasepak tempatan terutama menjadi sideline reporter untuk siaran langsung perlawanan bolasepak Liga Malaysia di TV3.
  • Jasmine Suraya terkenal selepas video beliau tersasul ketika menemubual penyerang JDT, Amri Yahya menjadi ‘viral’ di media sosial.
  • Jasmine Suraya merupakan peminat kelab bola sepak Real Madrid.
  • Jasmine Suraya gemar membaca terutamanya karya oleh Jodi Picoult dan gemar memandu laju.
  • Jasmine berbangsa Cina. Nama ‘Suraya’ diberikan oleh ibunya kerana ibunya menggemari nama tersebut.
  • Jasmine merupakan bekas wartawan bisnes Borneo Times.
  • Pernah dikaitkan dengan hubunga cinta dengan Pekin Ibrahim.

Laman Sosial Jasmine Suraya Chin

Gambar Menarik Jasmine Suraya Chin

gambar-besar-jasmine-suraya-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TVgambar-jasmine-suraya-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TVgambar-pelakon-jasmine-suraya-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TV gambar-poster-jasmine-suraya-chin-e1502469906571-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TVgambar-seksi-jasmine-suraya-chin-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TVjasmine-suraya-chin-atas-padang-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TVjasmine-suraya-chin-host-pengacara-bola-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TVjasmine-suraya-chin-pelakon-hos-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TV jasmine-suraya-chin-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TVgambar-terbaru-jasmine-suraya-chin-300x300 Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TV

Loading...

Tags: #biodata jasmine suraya chin #drama lakonan jasmine suraya chin #drama maaf jika aku tak sempurna #gambar seksi jasmine suraya chin #hos bola sepak paling cun #hos bola tv3 jasmine suraya chin #jasmine suraya chin berlakon #jasmine suraya chin biography #jasmine suraya chin hero seorang cinderella #jasmine suraya chin parents #jasmine suraya chin religion #jasmine suraya chin wikipedia #jasmine suraya islam #jasmine suraya wikipedia #koleksi gambar jasmine suraya chin #pengacara jasmine suraya chin #profil jasmine suraya chin #sinopsis drama maaf jika aku tak sempurna

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Jasmine Suraya Chin, Hos Bola Sepak Tempatan & Pernah Berlakon Drama TV"