Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Cara Banyakkan Madu Kelulut

Spesis Utama Lebah Kelulut Komersil

Terdapat dua spesis utama yang popular dalam penternakan lebah kelulut iaitu spesis Trogona thoracica dan spesis Trigona itama. Trogona thoracica juga dikenali dengan nama Kelulut Sawa kerana ia mempunyai saiz yang besar berbanding spesis Trigona itama. Manakala spesis Trigona itama pula merupakan spesis lebah kelulut yang paling agresif dalam kumpulannya. Dua spesis ini amat popular kerana ia mampu menghasilkan banyak madu berbanding spesis lebah kelulut yang lain.

Tumbuhan Berbunga Sebagai Sumber Utama

Dalam proses penternakan lebah kelulut, kawasan yang mempunyai sumber makanan yang cukup adalah asas utama kepada penghasilan kuantiti madu serta perkembangan koloni sarang kelulut. Penanaman pokok-pokok yang berbunga sepanjang tahun pasti dapat membantu menambahkan kuantiti madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut.

Kebiasaannya, jumlah madu minima yang dihasilkan bagi spesis Trogona thoracica bagi tempoh satu minggu adalah sekitar 100 gram bagi satu sarang. Keadaan ini bergantung kepada kawasan persekitaran dan lokasi ternakan lebah kelulut.

Antara tumbuhan utama yang perlu ditanam di ladang menternak lebah kelulut ini adalah seperti berikut :

  • Pokok Senduduk
  • Pokok Belimbing
  • Pokok Bunga Air Mata Pengantin
  • Pokok Selasih
  • Pokok Bunga Biden
  • Pokok Markisa
  • Pokok Turneria
  • Pokok Ulam Raja
  • Pokok Bunga Akar Dani
  • Pokok Seri Pagi

Selain daripada itu, tanaman pokok buah-buahan seperti pokok kelapa, pisang, betik, rambutan dan ceri juga membantu menambahkan sumber makanan kepada lebah kelulut ini.

Kesimpulan

Lebah kelulut mempunyai sifat semulajadi seperti lebah lain iaitu menggemari bunga. Ia bergantung 100% kepada sari bunga untuk berkembangbiak dan sebagai makanan. Penambahan sumber makanan utama kepada lebah kelulut membantu lebah mendapatkan lebih banyak sari bunga untuk menghasilkan madu. Pertumbuhan koloni lebah kelulut akan bertambah dengan adanya makanan yang cukup.

Kantung Madu & Pollen

kantung-madu-dan-kantung-pollen-300x300 Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Kantung madu (hitam) , kantung pollen (kuning)

kantung-madu-300x300 Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Kantung Madu

Spesis-kelulut-itama-300x300 Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Spesis Kelulut Itama

spesis-kelulut-thoracica-300x300 Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Spesis Kelulut Thoracica

  •  Contoh tumbuhan sesuai ditanam untuk penternakan lebah kelulut di rumah
pokok-air-mata-pengantin-300x300 Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Pokok Air Mata Pengantin

pokok-belimbing-300x300 Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Pokok Buah Belimbing

logo-150x150 Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut

Loading...

Tags: #jenis pokok untuk madu kelulut #pokok sekitar sarang kelulut #pokok untuk lebah kelulut #sari bunga untuk lebah kelulut #tanaman penggalak madu kelulut #tanaman tumbuhan untuk kelulut #ternak lebah kelulut #tips meningkatkan kuantiti madu kelulut #tumbuhan kegemaran kelulut

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Tips Memaksimumkan Pengeluaran Madu Lebah Kelulut"