Jenis Sayuran Terbaik Di Halaman Rumah! Jimatkan Belanja Dapur Anda!

Tanaman Patut Tanam Di Rumah

Bercucuk tanam di halaman rumah dengan menanam pelbagai jenis tanaman yang sering digunakan untuk memasak sememangnya dapat menjimatkan perbelanjaan.

Sebagai contoh, untuk memasak tom yam, anda memerlukan beberapa bahan asas seperti serai, daun limau purut, asam limau nipis, bawang putih, halia dan sebagainya. Jika sebahagian bahan-bahan asas ini tidak ditanam sendiri di halaman rumah, anda terpaksa membelinya di kedai.

Harga daun limau purut biasanya dijual sekitar RM1.50 dalam satu pek. Anda terpaksa membelinya dalam jumlah yang banyak sedangkan hanya beberapa helai daun sahaja digunakan untuk sekali masak.

Jika disimpan di dalam peti sejuk sehingga beberapa hari, daun itu akan layu dan rosak dan tidak dapat digunakan lagi untuk memasak.

Untuk menjimatkan perbelanjaan dapur, beberapa jenis tanaman yang mudah untuk ditanam dan dijaga boleh ditanam sendiri di halaman rumah, sama ada di atas tanah mahupun di dalam pasu jika rumah anda tidak memiliki kawasan bertanah yang luas dan sesuai untuk bercucuk tanam.

Tidak semestinya anda perlu menanam sendiri, terdapat juga tanaman yang boleh dibeli dan anda hanya perlu menjaganya dengan mudah sehingga membesar. Berikut adalah beberapa tanaman yang patut ada di halaman rumah untuk menjimatkan perbelanjaan dapur.

  • Serai

Menanam serai sangat mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu menanamnya di dalam tanah. Jika tinggal di kediaman apartment ataupun kondominium, serai boleh ditanam dalam pasu. Biarkan sahaja ia membesar dan membiak. Bila anda membeli serai di kedai, anda hanya perlu tanamkan batangnya ke dalam tanah. Ia akan mula mengeluarkan akar dan tumbuh dengan sendirinya.

  • Pokok limau purut

Daun limau purut banyak kegunaan dalam memasak. Anak pokoknya boleh dibeli dan anda tidak perlu untuk menunggu pokok membesar. Untuk pokok limau purut, biasanya anak pokok dijual dalam polybeg. Biarkan sahaja ia membesar. Apabila saiz pokok semakin besar, carilah pasu yang bersaiz besar atau lebih baik ditanam di atas tanah jika memiliki kawasan bertanah.

  • Pokok kari

Pokok kari juga merupakan pokok yang tidak bersaiz besar. Seperti mana pokok limau purut, ia sesuai ditanam di atas tanah apabila anak pokok semakin membesar. Penjagaannya juga tidak rumit. Biarkan sahaja pokok membesar.

  • Pokok Cili

Terdapat pelbagai jenis cili. Anda boleh dapatkan biji benih atau anak pokok cili mengikut jenis cili yang anda kehendaki. Namun, jenis cili yang paling mudah untuk dijaga ialah cili padi dan cili yang bersaiz kecil. Pokok cili boleh ditanam di dalam pasu atau polybag.

  • Pokok daun kesum

Daun kesum sering digunakan sebagai ulam dalam masakan timur seperti laksa, nasi kerabu dan sebagainya. Daun kesum juga digunakan dalam sesetengah masakan gulai untuk memberi aroma harum, begitu juga dalam masakan asam pedas di beberapa negeri. Untuk menanam daun kesum, memandangkan pohonnya yang bersaiz kecil, anda tidak memerlukan ruang yang banyak. Apabila membeli daun kesum di pasar, balutkan dengan surat khabar dan basahkan, ataupun anda juga boleh merendamkan bahagian bawahnya dengan air untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Kemudian, bolehlah ditanam di dalam polybag, pasu ataupun di atas tanah.

  • Pokok daun sup

Daun sup digunakan dalam pelbagai jenis masakan sebagai bahan hiasan dan penambah rasa. Menanam daun sup adalah sangat mudah. Anda hanya perlukan pasu bersaiz kecil.

  • Pokok bawang

Daun bawang boleh ditanam semula di rumah. Jika anda membeli daun bawang, hanya tanamkan semula daun bawang di dalam bekas kecil ataupun pasu.

  • Pokok Ketumbar

Cara penanaman daun ketumbar adalah sama seperti menanam daun bawang dan daun sup. Hanya tanamkan semula daun ketumbar dan anda boleh menggunakannya apabila perlu.

  • Pokok bawang putih

Seulas bawang putih apabila ditanam semula boleh membiak dan menghasilkan 1 labu bawang putih. Hanya tanamkan di dalam tanah dan ia akan tumbuh dan membesar tanpa memerlukan jagaan rapi.

  • Pokok daun pandan

Pohon daun pandan boleh ditanam di atas tanah. Tiada jagaan rapi diperlukan dan ia akan membiak dengan sendirinya.

  • Halia

Halia merupakan antara bahan asas dalam masakan. jika anda membeli halia tua di pasar, apabila dibiarkan, bahagian tunas akan mula tumbuh. Apa yang perlu anda lakukan, tanamkan sahaja di dalam tanah. Biarkan ia membesar.

  • Kunyit

Seperti mana halia, kaedah menanam kunyit adalah sama. Bonusnya, anda tidak perlu membeli daun kunyit yang juga digunakan dalam masakan seperti ikan bakar dan rendang.

  • Lengkuas

Lengkuas juga boleh ditanam di sekitar halaman rumah. Penanamannya sangat mudah dan dengan penjagaan yang minimum.

  • Pokok limau nipis

Dapatkan anak pokok limau nipis yang dijual dalam polybag. Jika anak pokok dijual hasil dari kaedah pengangguran, anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menunggu pokoknya berbuah. Apabila saiz pokok semakin membesar, pindahkan ia ke dalam pasu yang bersaiz besar atau tanam di atas tanah.

  • Pokok limau kasturi

Seperti pokok limau nipis, caranya adalah sama. Limau kasturi banyak digunakan sebagi bahan asas dalam sambal, penambah rasa dan sebagainya.

  • Pokok ulam-ulaman

Bagi penggemar ulam-ulaman, anda boleh menanam sendiri pohon-pohon ulam seperti ulam raja, pucuk kemangi, pudina dan seumpamanya di atas tanah ataupun di dalam pasu. Saiz pohon yang sederhana dan penjagaan yang mudah pasti tidak menjadi masalah bagi anda.

Loading...

Tags: #bahan mentah utama memasak #berkebun sayur dirumah #budidaya sayuran di pekarangan rumah #cara berkebun di halaman rumah yang sempit #cara menanam sayuran di lahan sempit #idea tanam pokok di rumah #kebun sayur di pekarangan rumah #kebun sayur mini di rumah #kebun sayuran minimalis #Menanam Sayuran Di Halaman Rumah #sayur patut ditanam dirumah #sayuran terbaik dihalaman rumah #tanam sayur #tanaman kecil halaman rumah #tanaman perlu ada di halaman rumah #tanaman perlu ditanam untuk jimat belanja #tanaman sayuran di halaman rumah #ulam-ulaman mudah tanam

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.