Kenali Anas Ridzuan, Dari Pentas Nyanyian Ke Dunia Lakonan & DJ Radio

Anas Ridzuan, Dari Pentas Nyanyian Ke Dunia Lakonan & DJ Radio

Anas atau nama lengkapnya Anas Ridzuan merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Namanya mula dikenali netizen selepas menyertai program realiti nyanyian terbitan TV3 iaitu Mentor 6 Menerusi rancangan itu, anak didik kepada Faizal Tahir ini dinobatkan di tempat ketiga.

Selepas tamatnya Mentor 6, pintu rezekinya lebih ke arah bidang lakonan berbanding menyanyi. Nasi Minyak Kuah Cinta, Jangan Ikut Aku, Superstar, Geng Kampung Pisang dan Kembali adalah sebahagian drama dan telefilem yang dibintanginya sebagai anak wayang.

Bukan itu sahaja, jejaka berambut afro ini menggalas tugas sebagai penyampai radio di IM4U.FM di mana mengendalikan segmen Bangkit Squad bersama Amrita dan Tyler.

Paling menarik, filem ketiga lakonan berjudul Busker The Movie sedang rancak ditayang di pawangan seluruh Malaysia mulai 11 Januari 2017.

Jom intip ringkasan biodata dan trivia menarik Anas Ridzuan dibawah. Selamat membaca!

Biodata Ringkas Anas Ridzuan

Nama Penuh: Anas bin Ridzuan
Nama Komersil: Anas Ridzuan
Umur: 29 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 17 Januari 1989
Zodiak: Capricorn
Asal: Alor Setar, Kedah
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Penyampai Radio & Penyanyi
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Jangan Ikut Aku, Nasi Minyak Kuah Cinta, Superstar, Dia, Pengembaraan Jason Murad, Kembali Senyum, Geng Kampung Pisang, Geng Kampung Pisang 2, OMG (Ohsem Music Group), Aku, Mawar & Mahkluk Asing, PI (Private Investigator) dan banyak lagi.

Filem: Busker The Movie, CEO, dan Sunti@Facebook.

Program TV: Jalan-Jalan Makan Angin (JJMA).

Laman Media Sosial Anas Ridzuan

Trivia Menarik Tentang Anas Ridzuan

  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Filem, Teater dan Animasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam.
  • Menamatkan zaman solonya dengan bekas peserta Mentor musim ke-6, Ana Syuhada pada 22 Oktober 2016 selepas bercinta selama empat tahun.
  • Selain menyanyi, Anas suka bermain futsal sebagai aktiviti di masa lapang.
  • Di samping aktif berlakon di kaca televisyen, Anas juga turut bergiat di pentas teater. Antara teater yang pernah dijayakannya adalah Teater 1 Plastik Hitam, Juta-Juta, Kawan Yang Kita Suka dan Gugupnya Kopiah Putih.
  • Berkongsi tarikh lahir dengan pelakon kacak tempatan, Aiman Hakim Ridza yang merupakan peserta Mentor 6.
  • Pernah menganggotai satu kumpulan muzik yang memperjuangkan lagu puisi kontemporari yang dikenali sebagai Fazleena & The Lasykar.
  • Anas pernah tercalon di carta lima untuk Anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia 25 (FFM25).
  • Bercita-cita ingin bergelar seorang pengarah filem dan teater suatu hari nanti.
  • Pernah menjuarai program terbitan TV3 iaitu Liga Lawak Superstar 2013 menerusi kumpulan OMG bersama Akim Ahmad dan Sathia.
  • Anas memiliki lebih 20,000 pengijut di Instagram dan 11,000 pengikut di Twitter miliknya.
azlan-150x150 Kenali Anas Ridzuan, Dari Pentas Nyanyian Ke Dunia Lakonan & DJ Radio

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #ana syuhada suami #anas mentor kahwin #Anas Ridzuan #Anas Ridzuan Biodata #Anas Ridzuan Deejay IM4U.FM #anas ridzuan instagram #Anas Ridzuan Jalan Jalan Makan Angin #anas ridzuan mentor #Anas Ridzuan Mentor 6 #Anas Ridzuan Penyampai Radio IM4U.FM #Anas Ridzuan Profile #Biodata Anas Ridzuan #Kenali Anas Ridzuan #Profil Anas Ridzuan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.