Khasiat Daun Inai Dan Kegunaannya Selain Menjadi Bahan Kecantikan Wanita

Kelebihan Inai

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ;

“Janganlah kamu mencabut uban kerana ianya adalah cahaya islam. Barang siapa sehelai rambutnya menjadi uban di dalam islam, ditulis untuknya satu kebaikan dan diampunkan satu kejahatan dan dinaikkan satu darjat.”

Dalam satu hadis lain ;

“Sesungguhnya yang terbaik untuk menukarkan warna keputihan rambut adalah dengan inai.” Hadis riwayat at-Tarmidzi.

Inai telah lama digunakan di negara2 timur sebagai pewarna semulajadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan Ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan.  Ratu Mesir, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan rambutnya.

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri-ciri perubatan inai:

  • Boleh melarut
  • Sejuk dan kering

Antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden.

Kegunaan Lain Inai Selain Menjadi Bahan Kecantikan

  1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk. Kelebihannya ialah mengurangkan kesakitan, mengurangkan kehilangan bendalir dan mengurangkan jangkitan/infeksi.
  2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.
  3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.
  4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.
  5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya:
  • Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
  • Mencantikkan kulit kaki
  • Melambatkan kesan pada saraf
  1. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.
  2. Merawat kanak-kanak yang menghidap demam campak dan cacar air menggunakan setengah paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.
  3. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.
  4. Membetulkan pusingan haid dan juga darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.
  5. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 sudu cuka.
  6. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk dalam tab mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.
  7. Menginaikan rambut menggunakan campuran setengah paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik/shower cap dan biarkan selama 3 jam atau lebih.  Kelebihannya:
  • Menguatkan akar rambut
  • Memberi kilauan pada rambut
  • Menghilangkan kelemumur
  • Melembut dan memelihara rambut
  • Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
  • Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur
  1. Menginai muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama setengah jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari. Kelebihan mengamalkannya ialah:
  • Melindungi kulit daripada cahaya matahari dan sinaran UV
  • Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dan lain-lain (amalkan selama 2 minggu)
  • Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
  • Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih

 

Pokok Inai

Pokok Inai

Daun Inai

Daun Inai

Tumbuk Inai

Daun inai ditumbuk lumat

Henna Inai Tangan

Hiasan inai pada tangan

 

Loading...

Tags: #inai #kegunaan inai #kegunaan inai dalam perubatan #kelebihan inai #manfaat inai #manfaat inai untuk kulit #manfaat inai untuk rambut

Petua Merawat Hernia, Medu Angin, Uluran. Senarai Makanan Ini Patut Dijauhi!
Jika anda menghidap penyakit hernia yang juga dikenali sebagai medu angin, angin pasang
Penyakit Hernia, Angin Pasang, Uluran & Medu Angin. Penyebab dan Tanda-tanda Jika Anda Menghidapnya!
Hernia atau dikenali sebagai angin pasang, uluran dan medu angin adalah penyakit yang
Teknik Memujuk Anak Supaya Senang Makan Ubat, Anak Anda Lekas Sihat!
Salah satu ujian buat ibu bapa ialah apabila anak mereka sakit. Lebih-lebih bagi
Cara Memikat Dan Memujuk Isteri Supaya “Bersama” Lebih Kerap, Suami Perlu Tahu Waktu Sesuai!
Kehendak seks wanita berbeza dengan seorang lelaki. Lelaki boleh melakukan seks dengan sesiapa