Khasiat Buah Zuriat. Rahsia Pasangan Yang Mahukan Anak!

Khasiat Buah Zuriat. Rahsia Pasangan Yang Mahukan Anak!

Buah Zuriat

Apakah sebenarnya buah Zuriat? Mungkin ada yang tidak pernah mendengar berkenaan buah ini. Ada juga yang memanggil buah zuriat ini sebagai buah Adam dan Hawa. Sebenarnya buah ini sangat popular kepada pasangan berkahwin yang masih tidak berjaya memiliki zuriat.

Buah ini berasal dari Timur Tengah, ia turut juga dikenali dengan nama buah Doum. Buah yang mempunyai nama latin Hyphaene thebaica berasal dari kawasan Afrika Utara dan Tengah seperti Mesir, Tchad, Djibouti, Sudan, Erythrea, Somalia, Camerouns, Republik Afrika Tengah, Benin, Burkina Faso, Pantai Gading, Gambia, Ghana, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria, Senegal, Sierra Leone, dan Togo serta semenanjung Arab (Arab Saudi dan Yaman). Bentuknya agak lonjong, warna merah jingga, ada aromanya, Rasanya agak manis seperti roti halia. Oleh sebab itulah buah Zuriat ini juga disebut ginger bread.

Yang pasti buah ini selalunya boleh didapati di Makkah dan juga di Madinah. Para jemaah haji dan umrah yang ke sana pasti sahaja menjadikan buah ini sebagai ole-ole kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sekembalinya ke tanah air terutama untuk mereka yang masih tidak mempunyai zuriat dan ingin menambahkan zuriat.

Tidak semua tempat di Makkah dan Madinah boleh diperolehi buah ini. Malah, jika anda bertanyakan buah ini kepada penduduk Makkah dan Madinah, ada peniaga di sana tidak mengetahuinya. Ini menimbulkan persoalan lain sama ada buah ini sememangnya berasal dari Makkah dan Madinah ataupun dibawa masuk dari tempat lain?

Yang pasti harga buah zuriat ini adalah sekitar 5 SAR – 10 SAR bagi 2 biji. Jika anda mempunyai rezeki dan kelapangan untuk ke Makkah dan Madinah, mungkin tempat yang paling masyhur untuk membeli buah zuriat ini ialah di Jabal Uhud, Madinah. Anda mungkin juga boleh cuba mencarinya di pasar atau gerai menjual buah kurma.

Jika di Makkah, anda boleh mencarinya di sekitar kedai yang menjual buah kurma atau menjual inai dan herba kering sekitar Masjidil Haram. Paling senang ialah bertanyakan kepada orang di sana ataupun mutawwif yang berniaga di sana.

Jika di Malaysia, buah ini memang sukar sekali untuk didapati. Lazimnya, ia hanya diperolehi oleh mereka yang pulang mengerjakan haji dan umrah. Walaupun tiada kajian saintifik dijalankan berkenaan khasiat buah zuriat ini, namun dari segi pengalaman pengguna, sudah ramai yang mendapat manfaat yang positif. Buah ini juga bukan sahaja dikatakan mampu meningkatkan kesuburan seseorang, malah ia mampu merawat pelbagai masalah keputihan dan tekanan darah rendah.

Kelebihan buah zuriat

Antara kelebihan buah zuriat yang telah dikenalpasti adalah :

  • Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
  • Menambah kepekatan air mani lelaki dan menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
  • Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.

Cara penyediaan buah zuriat

Bagaimana cara untuk amalkan, cara untuk rebus dan cara untuk kopek buah yang terlalu keras ni? Berikut adalah cara yang boleh anda cuba.

  1. Kulit buah zuriat adalah sangat keras dan anda memerlukan kesabaran untuk mendapatkan isi di dalamnya.
  2. Ambil dua biji buah zuriat, buang lapisan luar kulitnya dengan lesung atau tukul. Buang lapisan pertama dan kopek kulitnya yang paling luar.
  3. Lakukan sehingga keluar tempurungnya. Tempurung buah zuriat sangat keras. Sama seperti kerasnya tempurung kelapa, tetapi tempurung buah zuriat ini mungkin lebih keras lagi berbanding tempurung kelapa.
  4. Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
  5. Kemudian belah isinya kepada dua bahagian. Potong bahagian itu menjadi potongan yang lebih kecil.
  6. Masukkan tiga cawan air dan rebus di dalam periuk sehingga airnya jadi kekuningan seperti air teh. Rebus sehingga air berkurangan daripada tiga kepada dua cawan.
  7. Buah yang telah direbus jangan terus dibuang. Simpan dalam periuk dan guna lagi untuk seterusnya sampailah air rebusan menjadi jernih dan selepas itu, anda bolehlah gantikan dengan buah yang baru.
  8. Minumlah setiap hari pada waktu yang sama secara konsisten. Diminum oleh kedua-dua suami dan isteri. Bagi isteri, minum bermula pada hari pertama datang haid.
  9. Amalkan membaca selawat sebanyak 7 kali dan doa untuk mendapatkan zuriat (surah Ali ‘Imran, ayat 38) sebelum meminum. Minumlah bersama-sama pasangan anda.

Buah ini merupakan usaha tradisional untuk meningkat kesuburan dan menambahkan peluang untuk hamil berdasarkan amalan turun temurun masyarakat terdahulu.

Loading...

Tags: #buah zuriat #buah zuriat dan serbuk debunga kurma madinah #buah zuriat doum #buah zuriat kembar #buah zuriat untuk mendapatkan anak #Cara Makan Buah Zuriat #cara sediakan buah zuriat #cepat hamil #doa mendapatkan zuriat #doum #harga buah zuriat #Images for Khasiat Buah Zuriat #kelebihan buah zuriat #khasiat buah zuriat #Khasiat dan kebaikan kepada yang ingin hamil #Manfaat Buah Zuriat Dari Mekah #petua buah zuriat #Petua Guna Buah Zuriat Sehingga Berjaya Hamil #pokok buah zuriat #serbuk buah zuriat

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Khasiat Buah Zuriat. Rahsia Pasangan Yang Mahukan Anak!"