Biodata Cik Manggis De Fam, Dari Pentas Nyanyian & Tarian Ke Dunia Lakonan

Biodata Cik Manggis De Fam

Mengikuti langkah dua rakan baiknya iaitu Azira Shafinaz dan Sophia Liana dari kumpulan De Fam, Cik Manggis kini bergelar seorang pelakon.

Tidak sangka, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin tidak hanya hebat dalam menyanyi dan menari bahkan berbakat besar di dunia lakonan.

Diangkat sebagai teraju utama dalam drama komedi seram berjudul Saka Sisters yang rancak disiarkan di Astro Warna 132, anak jati Kuala Lumpur ini digandingkan dengan beberapa pelakon hebat tanah air seperti Sara Ali, Abam Bocey dan Luqman Hafidz.

Terdahulu, wanita berusia 28 tahun ini turut menyerikan beberapa drama bersiri popular seperti Eksperimen Cinta dan Jejak Karmila.

Bukan itu sahaja, Cik Manggis bersama Azira dan Sophia pernah diberikan peluang untuk mengendalikan program realiti nyanyian, Dangdut Star dengan pelawak terkenal, Tauke pada tahun lalu.

Apa tunggu lagi, jom kita kenali serba sedikit tentang biodata dan trivia menarik Cik Manggis dibawah!

Biodata Ringkas Cik Manggis

Nama Penuh: Nurshazwani Shamsuddin
Nama Komersil: Cik Manggis
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 4 September 1989
Zodiak: Virgo
Asal: Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Penyanyi, Penari, Pengacara & Pelakon
Kumpulan: De Fam
Label Pengurusan: Tune Studio
Kelab Peminat: DeFamillion Official FC

Drama/Telefilem: Saka Sisters, Jejak Karmila & Eksperimen Cinta.

Lagu/Single: #SuperGirls, With You (duet bersama Brandon Beal) & Bila Ada Kamu (duet Aliff & Aiman RA).

Laman Media Sosial Cik Manggis

Trivia Menarik Tentang Cik Manggis

  • Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan hati bernama Syazmin Firdaus Aminuddin pada 18 Oktober 2014.
  • Suaminya merupakan seorang pemain bolas sepak DRB-Hicom FC.
  • Graduan jurusan Teknologi Kreatif dan Artistik, Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana.
  • Cik Manggis dilahirkan di Hospital Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
  • Maksud nama Nurshazwani adalah Cahaya Kewangian.
  • Nama panggilan Manggis diilhamkan oleh seorang kawannya semasa belajar di UiTM kerana memiliki mata yang bulat menyerupai buah berkenaan.
  • Gemar susu dan kopi tetapi tidak suka sayur-sayuran.
  • Berperangai macam tomboi sewaktu berusia kanak-kanak hingga remaja.
  • Sangat suka menonton filem aksi lebih-lebih lagi filem keluaran Marvel.
  • Mengikuti kelas meluncur ketika berusia 18 tahun.
  • Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Cik Manggis De Fam, Dari Pentas Nyanyian & Tarian Ke Dunia Lakonan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak cik manggis #Biodata Cik Manggis #Cik Manggis #cik manggis dan suami #Cik Manggis De Fam #cik manggis ig #cik manggis kahwin #Cik Manggis Saka Sisters #cikmanggis de fam kahwin #cikmanggis kahwin #Kenali Cik Manggis #nama sebenar cik manggis de fam #Profil Cik Manggis #Saka Sisters #suami manggis de fam

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.