Biodata Sherry Alhadad, Pelakon ‘Plus Size’ Berbakat Besar

Sherry Alhadad Biodata

Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad atau nama komersilnya Sherry Alhadad tidak perlu diperkenalkan lagi di lapangan seni hiburan tanah air.

Pelbagai drama dan telefilem yang telah dilakonkan oleh wanita berusia 32 tahun ini termasuklah Misteri Wan Peah, Yam Melaram, Ahli Mesyuarat Tingkap Misiku Kuza dan Cinta 100 Kg.

Bukan sahaja handal berlakon di layar kaca dan pentas teater, figura ‘plus size’ ini turut bergelar seorang pengacara dan pelawak.

Selain mengendalikan rancangan Muzik-Muzik 32, anak jati Kuala Lumpur juga pernah mengendalikan beberapa program hiburan televisyen antaranya Famili Legoland, Perang Bibir, Rockanova, Akak Akak Sangat dan Lets Duit.

Dalam perkembangan terkini, Sherry bakal tampil dengan program tersendiri iaitu The Sherry Show yang akan ditayangkan mulai 19 November lalu di TV3.

Untuk rekod, bintang filem Hantu Rumah Sakit Jiwa ini telah berkelana di arena seni negara selama lebih 10 tahun.

Marilah kita berkenalan dengan bekas pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini.

Biodata Ringkas Sherry Alhadad

Nama Penuh: Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad
Nama Pentas: Sherry Alhadad
Umur: 33 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 17 November 1984
Zodiak: Scorpio
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak bongsu daripada empat beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Pelawak, Penyampai Radio dan Penggiat Teater

Drama/Telefilem: Yam Melaram, Ahli Mesyuarat Tingkap, Bus Stop, Jejaka Terhangat Di Pasaran, Misteri Wan Peah, Cinta 100 KG, Balik Raya Ke Kita?, Ramadan Jangan Tinggal Kami, Terobek Raya, 3 Dara Dot Com, Menunggu Hujan Teduh, Seratus Harijadi, Aku Dia Dan Tong Gas, Pekerja Terbaik, Miziku Kuza, Oh My English! Class of 2015, Oh My English: Villa Isabellaaa, Oh My Goat, Rampas, Sutun 2, Nostalgila dan banyak lagi.

Filem: Rembat, Kolumpo & Hantu Rumah Sakit Jiwa.

Teater: Projek Disko Baldi Dreams, Asrama-ra All Stars, Diari Wanita, Maduku Kalut Returns, Mak Dara Nyonya, Atap Genting Atap Rumbia, Nyonya & The Geng dan banyak lagi.

TV Host: The Sherry Show, Muzik-Muzik 32, Rockanova, Perang Bibir, Famili Legoland, Akak Akak Sangat, Kalau Berani Kampung Stail, Jom Berbuka, DIVA, Melodi, Lets Duit, Abang Hot Beraya dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Sherry Alhadad

Trivia Menarik Tentang Sherry Alhadad

  • Anak seni ini memiliki darah keturunan Sarawak (sebelah ibu) dan Terengganu (sebelah ayah).
  • Di awal penglibatannya, figura ini menggunakan nama Sherry Abdullah sebagai nama pentas di persada seni hiburan tempatan.
  • Drama pertama yang turut memperkenalkan diri sebagai anak wayang adalah Sutun 2 yang ditayangkan sekitar 2006.
  • Lulusan jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Mempunyai banyak koleksi anting-anting.
  • Bersahabat baik (BFF) dengan ramai rakan artis seperti Zulin Aziz, Nad Zainal, Elfira Loy, Sharifah Sakinah, Nabila Huda dan Jihan Muse.
  • Pernah mengacarakan beberapa majlis anugerah seperti Anugerah Skrin (ASK) 2017, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 dan 2014, Anugerah Planet Muzik (APM) 2016, Anugerah Lawak Warna (ALW) 2015, Festival Filem Malaysia (FFM) 2015 serta Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melati.
  • Pernah bergelar penyampai radio di Hot.FM bersama Zulin Aziz beberapa tahun dahulu.
  • Pengacara ini juga pernah bercita-cita ingin menjadi juruterbang, saintis atau ahli gimnastik sewaktu kanak-kanak.
  • Merupakan ibu saudara kepada pelakon popular iaitu Sharifah Sakinah, Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda.
  • Mempunyai seramai 317,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Sherry Alhadad, Pelakon 'Plus Size' Berbakat Besar

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #adik beradik sherry al hadad #Biodata Sherry Alhadad #keluarga sherry alhadad #Kenali Sherry Alhadad #Profil Sherry Alhadad #sherry al hadad #sherry al hadad instagram #sherry al hadad orang sarawak #Sherry Alhadad #sherry alhadad sharifah sakinah binti syed abu bakar al khaired #suami sherry al hadad #The Sherry Show TV3 #Trivia Menarik Sherry Alhadad

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.