Biodata Sean Lee Jia Ern, Pelakon Drama My Coffee Prince

Sean Lee I Can See Your Voice

Nama Sean Lee menjadi siulan netizen sejak drama berantai lakonannya iaitu Keluarga Pontimau mula ditayangkan menerusi slot Aksi di saluran TV3 dua tahun dahulu.

Diangkat sebaga peneraju utama dalam drama 13 episod tersebut, Sean atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern ini digandingkan bersama pelakon popular tempatan seperti Keith Foo, Marsha Milan, Jaslin Puasa dan Amelia Henderson.

Sejak itu, anak jati Subang Jaya ini mula meniti dibibir peminat dan penggiat seni sekaligus memberi sinar baru dalam kembara seninya.

Meskipun masih bertatih di pentas lakonan, para pengarah dan penerbit tempatan meletakkan kepercayaan yang tinggi buat jejaka berbangsa Cina ini sebagai pelaris projek seni seperti drama dan telefilem.

Sebelum bergelar anak wayang, lelaki berbintang Leo ini lebih dikenali sebagai selebriti Youtube (Youtuber) dimana seringkali memuat naik video-video berkaitan isu semasa dan gaya hidup masyarakat di Malaysia sejak 2013 lagi.

Tidak dinafikan, anak seni ini antara pendatang baharu yang ada pesonanya tersendiri berdasarkan bakat bukan sekadar menjual rupa paras semata-mata.

Untuk pengetahuan para pembaca, drama terbaru lakonannya iaitu My Coffee Prince akan ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria mulai 27 November 2017.

Drama yang diadaptasi daripada siri popular Korea Selatan, Coffee Prince ini turut diterajui oleh Fattah Amin dan Janna Nick.

Sean Lee Jia Ern (dilahirkan pada 17 Ogos 1994) atau lebih dikenali sebagai Sean Lee merupakan seorang personaliti YouTube, pengacara majlis dan pelakon lelaki Malaysia. Telah muncul dalam rancangan reality TV iaitu I can See Your Voice Malaysia.

Sean mula dikenali ramai apabila membawa watak Joe dalam drama bersiri Keluarga Pontimau pada 2015. Sebelum menyertai bidang seni, Sean aktif sebagai pencipta isi kandungan untuk YouTube sejak 2013.

Sean Lee memiliki keperibadian yang sangat bersahaja, lucu dan sempoi menjadikan dirinya mudah untuk didekati.

Sean Lee juga gemar melancong dan sehingga kini sudah mengembara ke beberapa buah negara seperti Jepun, Korea, Macau, Australia, Finland dan banyak lagi.

Malah dia turut meminati bidang suntingan dan penerbitan video menjadikan dirinya sebagai YouTuber di salurannya seanlje yang sehingga kini memiliki lebih dari 52,000 subscribers. Antara drama yang pernah dibintanginya adalah My Coffee Prince, Keluarga Pontimau dan Bimbi & Bonni Misi 007 serta terbaru Sweet Dreams.

Selain aktif sebagai berlakon, Sean Lee turut berbakat dalam bidang pengacaraan. I Can See Your Voice antara rancangan yang menampilkan dirinya disamping Shuk. Nama program lain yang diacarakannya adalah Travel Beat, Entinsiti dan Jom Dooit.

Jom semak serba sedikit biodata dan trivia menarik tentang figura berbakat ini.

Biodata Ringkas Sean Lee

Nama Penuh: Sean Lee Jia Ern
Nama Komersil: Sean Lee
Umur: 23 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 17 Ogos 1994
Zodiak: Leo
Asal: Subang Jaya, Selangor
Adik Beradik: Anak kedua daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara Majlis (Emcee) & Selebriti Youtube.
Bangsa: Cina
Warganegara: Malaysia
Agama : Christianity, Buddhism

Drama/Telefilem: My Coffee Prince, Keluarga Pontimau, Biah Sport, dan Kucing Cinta Parsi.

Laman Media Sosial Sean Lee

Trivia Menarik Tentang Sean Lee

  • Nama kelab peminatnya adalah LJens.
  • Sedang belajar menguasai bahasa Melayu kearah yang lebih baik.
  • Graduan jurusan Diploma Persembahan Seni dari Sunway College.
  • Selain berenang dan hiking, Sean juga akan melakukan senaman seperti berjoging sejauh 5 kilometer setiap hari.
  • Beliau pernah menghadapi masalah ketakutan di tempat tinggi sebelum berjaya mengatasinya.
  • Figura kacak ini turut mempunyai tabiat dimana beliau akan membawa boxer Batman sebagai peneman setia ke mana-mana sahaja sekiranya melancong.
  • Pernah muncul dalam drama atas talian (drama web) berjudul Road To Ramlee.
  • Jejaka ini pernah menjalani latihan industri di stesen radio BFM pada 2014 selama tiga bulan.
  • Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Sean Lee Jia Ern

Sean-Lee-Jia-Ern-photos-300x300 Biodata Sean Lee Jia Ern, Pelakon Drama My Coffee Prince Sean-Lee-Jia-Ern-biodata-300x300 Biodata Sean Lee Jia Ern, Pelakon Drama My Coffee Prince

azlan-150x150 Biodata Sean Lee Jia Ern, Pelakon Drama My Coffee Prince

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Sean Lee #Drama My Coffee Prince #i can see your voice malaysia #image for sean lee jia ern #Kenali Sean Lee #Profil Sean Lee #Sean Lee #Sean Lee Aktor My Coffee Prince #sean lee cowboys instagram #sean lee jia ern age #sean lee jia ern biodata #sean lee jia ern birthday #Sean Lee Keluarga Pontimau #sean lee malaysia dj #Sean Lee Pelakon My Coffee Prince #sean lee twitter #sean lje religion

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.