Biodata Sasqia Dahuri, Pelakon Wanita Yang Sukses Bawa Watak Antagonis

Biodata Sasqia Dahuri, Pelakon Wanita Berasal Dari Kelantan

Sekiranya anda merupakan peminat setia drama-drama Melayu, pastinya mengenali wanita tinggi lampai bernama Sasqia Dahuri ini.

Seringkali muncul dengan karakter sebagai ‘wanita jahat’, si cantik kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini adalah salah seorang pelakon yang sukses membawa watak antagonis dalam drama mahupun telefilem tanah air.

Dek penangan watak hitam, figura berusia 32 tahun ini semakin dikenali dan mempunyai peminatnya tersendiri bukan sahaja dari Malaysia bahkan dari Singapura dan Brunei.

Paling menarik, Sasqia tidak pernah dikecam oleh para peminat meskipun acapkali memainkan watak antagonis.

Antara drama bersiri yang telah dibintanginya adalah Lara Aisyah, Misteri Wan Peah, Khabar Dari Casablanca, Cik Bunga Encik Sombong dan Ops Cinta Din Sardin.

Terkini, drama lakonannya berjudul Jurnal Suraya bergandingan dengan Nad Zainal Johan As’ari dan Ryzal Jaafar sedang disiarkan menerusi slot Zehra di TV3 mulai 15 November lalu.

Jom intip ringkasan biodata dan trivia menarik anak seni berbintang Taurus ini.

Biodata Ringkas Sasqia Dahuri

Nama Penuh: Nurlisasqia Ahmad Dahuri
Nama Pentas: Sasqia Dahuri
Umur: 32 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 7 Mei 1985
Zodiak: Taurus
Asal: Pasir Mas, Kelantan
Adik Beradik: Anak pertama daripada tiga beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Model & Usahawanita

Drama/Telefilem: Jurnal Suraya, Misteri Wan Peah, Muzium Misteri, Pergilah Cinta, Cinta Hati Batu, Adnan Sempit The Series, Lara Aisyah, Khabar Dari Casablanca, Abang Bomba I Love You Nak Balik Raya, Andaiku Cinta Lagi, Ops Cinta Din Sardin, Cinta Koko Coklat, Bilik No 13, Ayuni Safira, Mencintaimu, Pujaan Hati Umi, Cinta Plastik, Cik Bunga Encik Sombong, Kau Aku Kita Raya, Dhia Sofea, Satu Cinta, Alif Imani, Manis, Dendam Semalam, Aku Pilih Kamu, Perempuan Disarung Ungu, Pulangkan Syawalku dan banyak lagi.

Filem: Senario Ops Pocot, Kongsi & Through The Forest.

Laman Media Sosial Sasqia Dahuri

Trivia Menarik Tentang Sasqia Dahuri

  • Graduan jurusam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Cyberjaya.
  • Mempunyai darah kacukan Melayu, Thailand dan Pakistan.
  • Seorang yang gemar memasak terutamanya jika ada masa terluang.
  • Sedang mengenali hati budi seseorang jejaka bernama Asyraff Khan.
  • Mempunyai tabiat suka pintal-pintalkan rambut sebelum tidur.
  • Sasqia hanya boleh memandu kereta manual sahaja.
  • Figura ini memiliki masalah OCD atau gangguan obsesif kompulsif.
  • Mengusahakan bisnes atas talian berasaskan minyak wangi dan tudung di bawah label Sadona by Sasqia.
  • Mahu mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan di masa depan.
  • Jika anda masa lapang, Sasqia gemar melakukan aktiviti seperti badminton, hiking dan menyertai sukan komuniti.
  • Mengamalkan meminum jus sayur-sayuran setiap hari adalah rahsia kecantikannya.
  • Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram dan lebih 40,000 pengikut di Facebook miliknya.

Gambar Menarik Sasqia Dahuri

pasangan-Sasqia-Dahuri-300x300 Biodata Sasqia Dahuri, Pelakon Wanita Yang Sukses Bawa Watak Antagonis rambut-Sasqia-Dahuri-300x300 Biodata Sasqia Dahuri, Pelakon Wanita Yang Sukses Bawa Watak Antagonis Sasqia-Dahuri-biodata-300x300 Biodata Sasqia Dahuri, Pelakon Wanita Yang Sukses Bawa Watak Antagonis wajah-Sasqia-Dahuri-300x300 Biodata Sasqia Dahuri, Pelakon Wanita Yang Sukses Bawa Watak Antagonis

azlan-150x150 Biodata Sasqia Dahuri, Pelakon Wanita Yang Sukses Bawa Watak Antagonis

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Sasqia Dahuri #gadis pasir mas #keluarga sasqia dahuri #Kenali Sasqia Dahuri #Profil Sasqia Dahuri #Sadona By Sasqia #Sasqia Dahuri #Sasqia Dahuri berasal dari kelantan #sasqia dahuri drama #sasqia dahuri facebook #sasqia dahuri height #sasqia dahuri ig #sasqia dahuri suami #sasqia dahuri tinggi #Trivia Menarik Sasqia Dahuri

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.