Ini Petua Berkesan Menambat Hati Wanita! Lelaki Di Luar Sana WAJIB Baca!

Cara Pikat Hati Wanita

Bagi yang lelaki, baca, fahami dan lakukan sesuatu. Petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal suami. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Bahagian 1

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang “berkualiti” terhadap isteri.

5. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

6. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.

7. Beri pujian mengenai penampilan isteri – rambut, wajah, pakaian, dan lain-lain.

8. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.

9. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

10. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

11. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

12. Bila isteri minta bantuan, nyatakan “boleh” atau “tidak boleh” dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

13. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.

14. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

15. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan telefon pintar atau tutup televisyen.

16. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

17. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Bahagian 2

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu “I love you”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

6. Bila keluar outstation, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

7. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

8. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.

9. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.

10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai.

14. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.

15. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

16. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.

17. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

18. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

19. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa di khalayak ramai

20. Lebihkan isteri dari anak-anak.

21. Belikan hadiah-hadiah kecil dari masa ke masa – minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

Bahagian 3

1. Beri respon yang positif bila mendengar isteri bercerita.

2. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.

3. Manjakan isteri seperti mana mereka memanjakan kita.

4. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.

5. Belai isteri sebelum pergi kerja.

6. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

7. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang isteri berikan.

8. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

9. Lakukan riadah bersama isteri.

10. Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.

11. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

12. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

13. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.

14. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.

15. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

16. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Loading...

Tags: #cara berkesan pikat hati isteri #cara pikat hati isteri #cara pikat perempuan #cara tambat hati isteri #menawan hati isteri #menawan hati wanita #mmenjadi suami idaman #petua hubungan cinta #petua menambat hati perempuan #petua untuk lelaki #tips suami isteri #tis kebahagiaan rumahtangga

Tips Membuka Penutup Botol Yang Ketat! Jom Cuba Teknik Ringkas Ini!
Buat anda yang suka memasak, pastinya mempunyai pelbagai botol atau bekas simpanan yang
5 Cara Betul Simpan Minyak Wangi Anda Supaya Kekal Tahan Lama!
Pada hari ini, pelbagai produk wangian diri terdapat di pasaran sama ada minyak
Cara Usir Nyamuk Menerusi Tanaman Pokok Hiasan. Anda Wajib Cuba!
Kehadiran nyamuk bukan sahaja menganggu persekitaran anda dan sekeluarga tetapi membawa pelbagai penyakit
5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-Buru Untuk Berkahwin!
Apabila berbicara tentang perkahwinan, ianya merupakan impian setiap manusia di muka bumi ini.

Comments are closed.