Biodata Luqman Hafidz, Aktor Drama Saka Sisters

Biodata Luqman Hafidz, Aktor Drama Saka Sisters

Kemunculan menerusi filem pecah panggung, Ola Bola pada tahun lalu telah membuka ruang populariti yang cukup besar dan gah buat pelakon kacak, Luqman Hafidz.

Sejak itu, namanya mula meniti di bibir netizen serta menjadi rebutan para penerbit dan pengarah tanah air. Malah, beliau dikatakan antara wajah baharu yang semakin laris di kaca televisyen.

Biarpun masih hijau dalam bidang lakonan, anak jati Selangor ini tidak kekok menimba ilmu dengan pelakon-pelakon senior seperti Fauziah Nawi dan Datuk Rosyam Nor di set penggambaran.

Memilih jalan seni sebagai ‘periuk nasi’, figura berusia 26 tahun ini turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan. Antara program yang pernah dikendalikan adalah Rentak Juara (RTM), Hadis (TV9) dan Selera Bajet (HyppTV).

Dalam perkembangan terkini, anak muda ini muncul dengan drama terbaharunya berjudul Saka Sisters yang disiarkan di Astro Warna 132 mulai 25 Oktober lalu. Drama komedi seram ini turut dibintangi oleh Sara Ali, Cik Manggis (De Fam) dan Abam Bocey.

Anak sulung daripada empat beradik ini juga bakal menjayakan teater Ola Bola yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2018.

Apakata kita semak ringkasan biodata dan trivia menarik aktor berbakat ini.

Biodata Ringkas Luqman Hafidz

Nama Penuh: Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi
Nama Komersil: Luqman Hafidz
Umur: 26 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 14 April 1991
Zodiak: Aries
Asal: Ampang, Selangor
Adik Beradik: Anak pertama daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara & Model
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Saka Sisters, Perempuan Paling Bahagia, Megat Extend, Mr Tanda Tanya, Sayang Papa Saya Tak, Chor dan Chah, Hisyam & 3 Hantutiyers, Bayang, Koma Raya, Sabotaj, Tika Langit Terbuka dan banyak lagi.

Filem: Ola Bola.

Host TV: Hadis, Rentak Juara & Selera Bajet.

Laman Media Sosial Luqman Hafidz

Trivia Menarik Tentang Luqman Hafidz

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.
  • Figura kacak ini aktif bermain bola sepak dan pernah dianugerahkan gelaran pemain terbaik di Kejohanan YB Khairy Jamaluddin Cup.
  • Menjadi duta kepada Garnier Men, Canon dan Puma.
  • Sukakan aktiviti seperti melancong dan mengembara.
  • Ciri-ciri wanita idamannya adalah seorang yang pandai berdikari, tahu jaga diri dan berintektual.
  • Selain bola sepak, jejaka ini juga mahir dalam permainan catur sehingga menyertai pertandingan ke peringkat negeri.
  • Boleh bermain pelbagai jenis alat muzik seperti ukelele, gitar dan piano.
  • Sangat meminati Raja Bollywood, Shah Rukh Khan.
  • Tidak menggunakan khidmat pengurus peribadi (P.A) sejak memasuki dunia seni hiburan.
  • Luqman Hafidz Ally (LHAlly) adalah nama kelab peminatnya yang telah ditubuhkan pada 28 Februari 2016.
  • Memiliki lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya
azlan-150x150 Biodata Luqman Hafidz, Aktor Drama Saka Sisters

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Luqman Hafidz #Biodata Luqman Hafidz Pelakon Ola Bola #Kenali Luqman Hafidz #Luqman Hafidz #luqman hafidz drama #Luqman Hafidz Filem Ola Bola #luqman hafidz instagram #Luqman Hafidz Pelakon Drama Saka Sisters #luqman hafidz umur #luqman hafidz wiki #Profil Luqman Hafidz

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.