Lagu Baby Shark! Ini Trivia Menarik Perlu Anda Ketahui. Jangan Tahu Nyanyi Saja!

Lagu Baby Shark Doo Doo Doo

“Baby Shark Doo Doo Doo Doo Doo Doo, Baby Shark Doo Doo Doo Doo Doo Doo…”.

Itulah bait-bait lirik lagu yang mencipta fenomena luar biasa dan menjadi siulan masyarakat dunia termasuklah di Malaysia sejak kebelakangan ini.

Lagu kanak-kanak berjudul Baby Shark ini bukan sahaja menjadi kegemaran si kecil malahan berjaya menghipnotis minda golongan remaja dan dewasa di luar sana.

Paling menarik, video muziknya menjadi sohorkini dan menular di laman-laman media sosial sehingga ke hari ini.

Selain menjadi ‘kegilaan’ masyarakat tempatan, lagu ini turut menjadi ikutan dalam kalangan selebriti tanah air seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Buat tatapan para pembaca, penulis senaraikan 5 trivia menarik tentang lagu Baby Shark. Keep scrolling, guys!

1. Diterbitkan Pada Tahun 2006

Meskipun fenomenanya terasa sejak beberapa bulan lalu, lagu Baby Shark sebenarnya telah diterbitkan pada tahun 2006 oleh pencipta lagu kanak-kanak bernama Mike Whitla. Lagu Baby Shark yang tular saat ini adalah versi terbaharunya yang dirilis pada November 2015. Video muziknya boleh anda tonton dibawah akaun YouTube untuk pendidikan kanak-kanak iaitu Pinkfong. Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah ditonton sebanyak lebih 500 juta tontonan di YouTube.

2. Liriknya Sengaja Diulang

Jika anda perhatikan lagu ini, liriknya tidak mempunyai banyak perkataan. Ianya sekadar beberapa kata mudah dan diulang beberapa kali. Realitinya, lirik lagu Baby Shark dicipta secara sengaja berulang-ulang supaya mudah dihafal dan diingati sekaligus melekat di minda para penggemarnya dengan paduan muzik yang menghiburkan hati.

3. Lagu Versi Monkey Banana

Kalau nak tahu, lagu Baby Shark turut terdapat dalam versi yang lain berjudul Monkey Banana. Jika lagu Baby Shark menceritakan tentang ikan yu bersama ahli keluarganya, Monkey Banana pula menggambarkan kisah keluarga monyet dengan pisangnya. Menariknya, ‘doo doo doo’ pada Baby Shark diubah kepada ‘banana-na-nas’ pada lagu versi monyet. Walaubagaimanapun, lagu Monkey Banana masih mengekalkan bunyi air dan kapal dibahagian intro lagu tersebut.

4. Makna Tersendiri Disebalik Gerakan

Pergerakan tarian disebalik lagu Baby Shark ternyata mempunyai makna tersendiri dimana mewakili setiap ahli keluarga. Sebagai contoh, pergerakan jari terbuka dan tertutup seperti mulut ikan yu adalah buat kanak-kanak hingga remaja manakala pergerakan tangan terbuka yang lebih besar dan kuat pula merujuk kepada si bapa. Menerusi video muzik ini, ternampak sekeluarga ikan yu berenang bersama-sama dimana menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang kukuh dan bahagia buat para penonton.

5. Turut Dihasilkan Dalam Pelbagai Versi Bahasa

Versi asal lagu Baby Shark adalah dalam bahasa Inggeris. Selain bahasa Inggeris, lagu ini turut dibuat dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Jepun, Korea, China, Sepanyol dan Indonesia.

azlan-150x150 Lagu Baby Shark! Ini Trivia Menarik Perlu Anda Ketahui. Jangan Tahu Nyanyi Saja!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Baby Shark Doo Doo Doo #Baby Shark Song #Fakta Disebalik Lagu Baby Shark #Fakta Menarik Lagu Baby Shark #Lagu Baby Shark #lagu Baby Shark Doo Doo Doo #maksud lagu Baby Shark Doo Doo Doo #Trivia Disebalik Lagu Baby Shark #Trivia Menarik Lagu Baby Shark

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.