Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Kacak Yang Tular Menerusi Lagu Tak Tun Tuang

Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Kacak Yang Tular Menerusi Lagu Tak Tun Tuang

Jejaka bernama Andi Bernadee tular di media-media sosial beberapa hari lalu gara-gara video lagu covernya berjudul Tak Tun Tuang.

Setakat ini, video berkenaaan telah ditonton hampir 1 juta tontonan dan lebih 20,000 perkongsian oleh pengguna Facebook.

Video nyanyian tersebut telah dimuat naik anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini di akaun Facebooknya sejak 3 November lalu.

Kebanyakan netizen memberikan pelbagai respon positif lebih-lebih lagi para peminat wanita yang ‘jatuh hati’ dengan kekacakan rupa paras dimiliki oleh pemilik nama lengkap Andi Azrul Andi Mapangile ini.

Sekadar info, lagu Tak Tun Tuang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia iaitu Upiak Isil. Lagu parodi ini bukan sahaja viral di Indonesia dan Malaysia bahkan mencipta fenomena tersendiri di Singapura dan Brunei.

Untuk pengetahuan para pembaca, jejaka berusia 25 tahun ini adalah penyanyi baharu tanah air yang bernaung di bawah label Warner Music Malaysia.

Malah, figura berkulit sawo matang ini turut memiliki sebuah single berjudul Tiada Lagi Maaf.

Paling menarik, ramai peminat sebelum ini menyangkakan bahawa Andi berasal dari Indonesia.

Mengimbau kembali perjalanan seninya, bakat nyanyian penyanyi ini dicungkil menerusi aplikasi karaoke atas talian, Smule.

Menerusi aplikasi itu, anak muda ini berkongsi lagu-lagu nyanyian covernya seperti Putus Terpaksa (Ziana Zain), Aku Bukan Bang Toyyib (Wali Band), Bila Tiba (Ungu), Di Saat Aku Tersakiti (Dadali) dan banyak lagi.

Di samping aktif di arena seni nyanyian, pemuda ini turut sibuk menguruskan syarikat perniagaannya iaitu Intergrated Wellness Center yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor.

Sehingga kini, Andi memiliki lebih 20,000 pengikut di Instagram dan lebih 80,000 pengikut di Facebook miliknya.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan jejaka berbintang Sagittarius ini.

Biodata Ringkas Andi Bernadee

Nama Penuh: Andi Azrul Andi Mapangile
Nama Komersil: Andi Bernadee
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 30 November 1992
Zodiak: Sagittarius
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Adik Beradik: Anak kedua daripada lima beradik
Kerjaya: Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Label: Warner Music Malaysia

Lagu/Single: Tiada Lagi Maaf

Laman Media Sosial Andi Bernadee

Facebook: www.facebook.com/andibernafee2015
Instagram: www.instagram.com/andibernadee

azlan-150x150 Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Kacak Yang Tular Menerusi Lagu Tak Tun Tuang

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #andi bernadee #Andi Bernadee Tiada Lagi Maaf #Andi Bernafee #Andi Bernafee Penyanyi Kelahiran Sabah #Andi Bernafee Penyanyi Lagu Tiada Lagi Maaf #Biodata Andi Bernafee #Biodata Ringkas Andi Bernadee #Kenali Andi Bernafee #Profil Andi Bernafee

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.