5 Artis Popular Antarabangsa Ini Pernah Jadi Mangsa Buli! Siapakah Mereka?

Miley Cyrus Dan Taylor Swift Photo

Kehidupan sebagai seorang selebriti kelihatan sangat menyeronokkan dan mengasyikkan.

Bukan sahaja dilimpahi cahaya populariti malahan golongan artis dijadikan sumber inspirasi untuk meraih kejayaan di masa depan.

Namun, mereka juga menjalani kehidupan normal yang tidak terlepas dari suka duka sebagai manusia biasa seperti menjadi mangsa buli di sekolah atau di media sosial.

Untuk kali ini, penulis kongsikan tentang 5 artis popular antarabangsa yang pernah menjadi mangsa buli dalam kehidupannya. Siapa saja mereka dan bagaimana kisahnya? Here they are!

1. Demi Lovato

Demi-Lovato-2017-300x300 5 Artis Popular Antarabangsa Ini Pernah Jadi Mangsa Buli! Siapakah Mereka?

Memperdagangkan bakat sejak kecil lagi, Demi Lovato kini merupakan salah satu selebriti popular antarabangsa yang digilai ramai di seluruh pelusuk dunia. Selain bergelar penyanyi, pelakon dan penulis lirik, bintang kelahiran Amerika Syarikat ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya kempen berkaitan anti-buli. Untuk pengetahuan pembaca, pelantun lagu Let It Go dan Cool For The Summer ini pernah menjadi korban buli ketika usia meningkat remaja. Dek kerana memiliki tubuh badan yang gempak, Demi seringkali diejek oleh rakan-rakan sekolahnya. Dengan perasaan kecewa dan ingin kelihatan kurus di mata rakan-rakanya, Demi pernah mengamalkan diet tidak sihat seperti menahan lapar sehingga menjejaskan masalah kesihatannya.

2. Taylor Swift

taylor-swift-photo-2017-e1501181672535-300x300 5 Artis Popular Antarabangsa Ini Pernah Jadi Mangsa Buli! Siapakah Mereka?

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupannya, pasti menjadi sebuah lagu yang indah dan bermakna. Itulah Taylor Swift, penyanyi versatil yang popular dengan lagu seperti Blank Space, Shake It Of, You Belong With Me dan Love Story. Bekas kekasih Harry Styles dan Calvin Harris turut menghasilkan sebuah lagu berjudul Mean buat rakan-rakan yang pernah membulinya. Taylor yang mesra di sapa Tay ini pernah dibuli dan diskriminasi di sekolah kerana meminati lagu-lagu berirama Country. Justeru, wanita yang kini berusia 28 tahun ini tidak pernah menerima sebarang undangan ke pesta bersama rakan-rakan sekolahnya. Namun, Tay tetap positif kerana tanpa gangguan mereka ketika di bangku sekolah dahulu, mungkin dia tidak termotivasi untuk mencipta lagu dan bergelar penyanyi seperti hari ini.

3. Miley Cyrus

miley-cyrus-pic-2017-300x300 5 Artis Popular Antarabangsa Ini Pernah Jadi Mangsa Buli! Siapakah Mereka?

Penangan drama Hanna Montana sedikit sebanyak melonjakkan nama Miley Cyrus dalam industri seni hiburan antarabangsa. Tidak mahu kekal di zon selesa, figura ini mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian. Antara lagu popularnya adalah The Climb, Wrecking Ball, Party In The USA dan Jolene. Seperti artis terkenal yang lain, Miley juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa buli di bangku sekolah. Ketika usia meningkat remaja, kekasih hati Liam Hemsworth ini menderita masalah jerawat yang teruk di raut wajah. Di samping ejekan, mentor The Voice America ini juga ditindas oleh rakan-rakan sekolahnya yang mendorong dia ke bilik air serta mengunci dirinya di sana akibat tertekan dengan kulit muka dan dibuli oleh kawan-kawannya.

4. Zac Efron

Zac-Efron-photo-face-300x300 5 Artis Popular Antarabangsa Ini Pernah Jadi Mangsa Buli! Siapakah Mereka?

Siapa sangka di sebalik wajah yang kacak dan berbadan tegap, terdapat kisah duka yang terpendam di dalam diari kehidupan aktor bernama Zac Efron ini. Minat yang mendalam di bidang teater dan berkawan dengan pelajar perempuan, membuatkan Zac menjadi sasaran tepat untuk dibuli oleh kawan-kawan lelaki di sekolahnya. Namun, segala usahanya terbayar apabila ditawar menjadi pelakon utama bagi filem musikal remaja iaitu High School Musical yang meledak di seantero dunia. Sejak itu, namanya semakin dikenali dan pentas lakonan menjadi periuk nasinya sehingga kini.

5. Jennifer Lawrence

jennifer-lawrence-2017-pic-300x300 5 Artis Popular Antarabangsa Ini Pernah Jadi Mangsa Buli! Siapakah Mereka?

Jennifer Lawrence, satu nama yang tidak asing lagi di persada seni hiburan Hollywood. Bukan sahaja berbakat besar dalam bidang lakonan, figura cantik ini juga seorang yang peramah dan kelakar. Walaupun kini berstatus bintang, Jennifer pernah mengalami kisah hitam ketika di alam persekolahan sebagai mangsa buli. Aktres filem Passengers dan The Hunger Games ini pernah dipinggirkan sehingga tidak diundang rakan-rakan sekolahnya ke acara seperti majlis hari jadi atau jamuan makan dan dibuang di kawasan sampah.

azlan-150x150 5 Artis Popular Antarabangsa Ini Pernah Jadi Mangsa Buli! Siapakah Mereka?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Popular Antarabangsa #Artis Popular Antarabangsa Pernah Alami Gejala Buli #Artis Popular Jadi Mangsa Buli #Demi Lovato #Jennifer Lawrence #Miley Cyrus #Taylor Swift #Zac Efron

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.