Biodata Ella Dan Latarbelakang Ratu Rock Malaysia

Ella Biodata

Nor Zila binti Haji Aminuddin lebih dikenali sebagai Ella merupakan seorang penyanyi, pelakon, pemuzik dan model yang terkenal di Malaysia. Sehingga kini, beliau masih mempertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock Malaysia. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak 1985.

Anak kepada pasangan Aminuddin (bapa; telahpun meninggal dunia) dan Yang Asmah Yong (ibu). Ibu saudara kepada penyanyi, Kaka Azraff.

Menganggotai kumpulan Ella & The Boys sebagai vokalis utama. Sebelum menjadi penyanyi, beliau mengutip pengalaman dengan mengadakan persembahan di beberapa kelab malam dan lounge di sekitar Lembah Klang.

Mula bergerak solo dengan memperjuangkan muzik rock bersama deretan lagu hits seperti Layar Impian, Dua Insan Bercinta, Sembilu, Pergilah Sayang (duet bersama Korie), Baldu Biru, Retak, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In The Eyes Of The World, Rama Rama, Mendung Tak Bererti Hujan, Nuri, Tinggal Tanda Tanya, Kitalah Bintang, Simbiosis, Teruja, Gemilang, Dunia Batinku (duet bersama Spider), Pengemis Cinta, Kesal, Permata Biru dan banyak lagi.

Album studio yang pernah dilahirkannya ialah Pengemis Cinta, 30110, Ella USA, Ilham Bicara, Simbiosis, Rama Rama, Puteri Kota, Identiti, Mendung Tak Bererti Hujan (untuk pasaran Indonesia), 8494, El, Diva Metal (album bersama kumpulan Amuk dan Manterra) dan Peace.Love.Rindu.

Biodata Ella :
Nama penuh : Nor Zila binti Aminuddin
Nama komersil : Ella
Lahir : 31 Julai 1966
Asal : Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Pendidikan awal : Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
Warganegara : Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi, pelakon, pemuzik, model
Tahun aktif : 1985–kini
Pasangan : Azhar Husaini Ghazali (2012)
Ibu bapa : Yang Asmah Yong (ibu), Aminuddin (bapa; meninggal dunia)
Saudara : Mohd. Nor Izam Aminuddin (abang), Nor Azraff Aminuddin (abang), Saidatulnisa Aminuddin, Jojie Aminuddin (kakak), Shahrizan Aminuddin, Kaka Azraff (anak saudara)
Syarikat rakaman : WEA (sekarang Warner Music Malaysia), EMI Music Malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/ellaaminuddin/
Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Ella_(penyanyi)

logo-150x150 Biodata Ella Dan Latarbelakang Ratu Rock Malaysia

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Biodata Ella Dan Latarbelakang Ratu Rock Malaysia

Loading...

Tags: #ella #ella aminuddin #ella biodata #ella latarbelakang #ella malaysia #ella penyanyi #ella rockers #penyanyi ella #ratu rock malaysia

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.