Raisa Kongsi 3 Tips Mudah Untuk Tampil Fit & Fresh

Biodata Raisa Dan Gambar Raisa

Bagi anda yang meminati lagu-lagu berentak Jazz & Soul, pastinya mengenali penyanyi bersuara emas ini.

Berasal dari Jakarta, Indonesia, Raisa memiliki pesona tersendiri yang mampu mencuri tumpuan masyarakat terhadapnya.

Sebagai wanita, Raisa sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan dirinya lebih-lebih lagi kini berstatus public figure.

Penampilan yang manis dan feminim membuat ramai wanita di luar sana iri hati dengan kecantikan pelantun lagu Serba Salah dan Kali Kedua ini.

Walaupun bekerja dari pagi hingga ke lewat malam, wanita berusia 27 tahun ini kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.

Dipetik dari portal Gadis Indonesia, ini 3 rahsia fit dan fresh Raisa buat para peminatnya. Jom kita intip!

1. Tidur Secukupnya!

“Bagi Raisa, yang paling penting dilakukan untuk menjaga kesihatan diri adalah dengan cukup tidur. Meskipun terasa ingin keluar bersama kawan-kawan atau shopping di gedung beli-belah, kita mesti tahu tentang limit kita. Kalau badan tidak sihat, jangan dipaksa untuk melakukan sesuatu. Sia-sia sahaja minum banyak vitamin kesihatan dan kecantikan kalau tidak mempunyai waktu rehat yang secukupnya,” katanya.

2. Amalkan Senaman Pagi

“Setiap pagi, Raisa akan melakukan senaman selama 45 minit setiap hari. Bukan sahaja tubuh badan lebih sihat dan segar malahan kita boleh membuang racun-racun berbahaya dalam badan apabila berpeluh. Oleh itu, jangan lupa untuk bersenam,” jelasnya.

3. Ramuan Khas Untuk Jaga Suara

“Untuk menjaga kualiti suara, Raisa selalu mengamalkan ramuan khas iaitu campuran air putih hangat bersama madu dan sedikit perahan lemon. Ramuan ini sangat baik untuk kesihatan tekak dan badan kita. Anda mesti cuba!,” katanya.

Biodata Ringkas Raisa

Nama Penuh: Raisa Andriana
Nama Komersil: Raisa
Tarikh Lahir: 6 Jun 1990
Umur: 27 Tahun (2017)
Asal: Jakarta, Indonesia
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Label Pengurusan: Juni Records

Laman Sosial

Gambar Menarik Raisa

Gambar Raisa Dan Pasangan Gambar Raisa Paling Sweet Raisa Artis Indonesia Raisa Bintang Indonesia Raisa Dan Hamish Photo Wajah Raisa Comel

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #artis indonesia raisa #gambar sweet raisa hamish #lagu raisa #menarik tentang raisa #Petua Kesihatan Raisa #Raisa Kongsi Tips Fit & Fresh #Sihat & Cantik Macam Raisa #Tips Sihat Raisa

Fara Hezel, Pelantun Lagu Terasa Cinta & Kakak Aiman Tino
Korang kenal tak gadis cantik molek bernama Fara Hezel ini? Kalau nak tahu,
Isa Khan, Penyanyi Lagu Syurga Yang Sempurna
Tersingkir di minggu kedua Akademi Fantasia (AF) 2016 tidak memudarkan semangat jejaka bernama
Wanna Ali, Aktres Cantik Persis Diana Daniella
Muda, cantik dan berbakat. Itulah tiga perkataan yang muncul di fikiran penulis mengenai
Biodata Lara Alana, Anak Kesayangan Awal Ashaari & Scha Alyahya
Lara Alana, satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni hiburan

Comments are closed.