Cara Mudah Menjadikan Rambut Hitam Secara Semula Jadi, Anda Boleh Mencubanya Di Rumah!

Cara Mudah Menjadikan Rambut Hitam Secara Semula Jadi

Memiliki rambut hitam yang sihat dan bersinar merupakan impian setiap wanita dan lelaki di dunia ini.

Seiring dengan pekembangan zaman dan trend semasa, pastinya ramai yang cuba mewarnakan rambut dengan warna-warna pilihan sehingga akhirnya merindui rambut hitam semula jadi yang pernah dimiliki satu ketika dahulu.

Jangan khuwatir, jom cuba 3 cara mudah ini untuk mengembalikan warna rambut hitam anda di rumah. Check it out!

1. Biji Betik

Siapa kata buah betik hanya lazat dimakan dan baik untuk proses pencernaan sahaja. Malah, bijinya mempunyai manfaat untuk menghitamkan rambut anda.

Caranya mudah, anda cuma mengoreng (tanpa minyak) biji betik lalu ditumbuk halus. Kemudian campur biji betik ke dalam minyak kelapa dan kacau sehingga sebati. Setelah siap, oleskan pada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan seketika kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum dibilas dengan syampu dan air bersih.

2. Buah Mangga

Selain dijadikan sebagai makanan ringan atau camilan, buah mangga yang enak dimakan dalam salad ini juga boleh dijadikan solusi untuk menghitamkan rambut kita.

Ambil sebiji buah mangga muda dan beberapa helai daun buah mangga. Hiris buah mangga kecil-kecil sebelum ditumbuk halus bersama daun buah mangga lalu gaul ke dalam campuran minyak kelapa. Seterusnya, sapukan campuran berkenaan ke seluruh rambut dan kulit kepala serta diamkan sebentar selama beberapa jam sebelum dicuci dengan air suam sehingga bersih.

3. Serbuk Kopi

Siapa sangka, serbuk kopi memiliki banyak manfaat buat kita semua selain sedap dinikmati diwaktu minum petang. Kalau nak tahu, serbuk kopi juga boleh menghitamkan rambut anda.

Anda hanya perlu didihkan air di dalam periuk kecil lalu dimasukkan serbuk kopi dan kacau sehingga sebati. Setelah masak, biarkan air kopi menjadi suam seketika. Apabila suam, anda boleh rendamkan rambut ke dalam air kopi tersebut selama 15 hingga 30 minit. Akhir sekali, bilas dengan syampu dan air sampai bersih.

azlan-150x150 Cara Mudah Menjadikan Rambut Hitam Secara Semula Jadi, Anda Boleh Mencubanya Di Rumah!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Cepat Menghitamkan Rambut Secara Tradisional #Cara Menghitamkan Rambut Secara Alami Permanen #Cara Nak Hitamkan Rambut Secara Semula Jadi #Menghitamkan Rambut Secara Alami #petua rambut hitam berkilat #rambut hitam semulajadi #Ramuan Tradisional Menghitamkan Rambut Secara Alami #Tips Hitamkan Warna Rambut

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.