Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Biodata Lengkap Adele

Nama figura ini tidak perlu diperkenalkan lagi, sebut sahaja namanya pasti anda terbayang-bayang kemerduaan suara emasnya ketika menyanyikan lagu seperti Someone Like You, Skyfall dan Hello.

Mengetuk pintu industri seni suara sekitar 2006, siapa sangka Adele kini menjadi salah satu penyanyi berkelas A serta setiap single yang diterbitkan menjadi hits dan meledak di seluruh dunia.

Jika bukan kerana usaha keras dan keyakinan, mustahil namanya dikenali dan menjadi inspirasi buat mereka yang terlibat dalam bidang nyanyian ini.

Jangan buang masa, jom kita baca 5 trivia menarik tentang Adele. Check it out!

1. Tidak kendalikan Akaun Media Sosial Miliknya

Tahukan anda, akaun Twitter, Instagram dan segala media sosial Adele dikawal sepenuhnya oleh pihak pengurusannya. Hal ini terjadi disebabkan penyanyi kelahiran London, British ini pernah mabuk dan menulis kata-kata negatif di media sosialnya. Sejak itu, pihak pengurusan mengendalikan semua akuan media sosial dengan persetujuan Adele. Figura ini hanya membaca komen dan respon daripada peminatnya.

2. Ingin Menjadi Seorang Doktor Bedah

Ketika menginjak usia 10 tahun, datuknya meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung. Adele berasa sangat sedih diatas kehilangan datuknya. Bermula dari situ, pemilik nama Adele Laurie Blue Adkins ini bercita-cita untuk menjadi seorang doktor bedah apabila dewasa nanti. Namun, Adele kini bergelar penyanyi terkemuka antarabangsa yang banyak menerima anugerah dan penghargaan sepanjang bergelar anak seni sejak 2006 lagi.

3. Guna Platform Myspace

Siapa sangka video rakaman nyanyian yang dimuatnaik oleh rakannya di MySpace membuka pintu rezeki untuk Adele untuk bergelar seorang penyanyi. Selepas tamat pengajian di BRIT School Of Performing Arts & Technology (BRIT School), pelantun lagu Skyfall, Hello dan Rolling In The Deep ini ditawarkan sebagai artis rakaman di XL Records pada 2006. Untuk info, Jessie J dan Leona Lewis merupakan rakan sekelasnya ketika belajar di BRIT School.

4. Tersenarai Sebagai Top 100 Selebriti Pendapatan Tertinggi 2017

Ibu kepada seorang cahaya mata bernama Angelo ini merupakan salah seorang daripada 16 selebriti wanita yang tersenarai dalam Top 100 Selebriti Pendapatan Tertinggi 2017. Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, Adele berada di tangga ke 18 dan meraih pendapatan sebanyak $69 juta. Kebanyakan hasil pendapatan itu diperolehi daripada keuntungan besar mengadakan konsert jelajah globalnya.

5. Ingin Berkarya Seumur Hidup

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu Adele ingin berkarya dan menyanyi. Kerana menyanyi membuatnya rasa nyaman dan bahagia.

“I’d like to be able to stand the test of time and the speed that the world is moving. I’d like to make records forever with the time I’ve been given for this one. If I can do that I’ll be really happy.” – ABCNews

Biodata Ringkas Adele

Nama Penuh: Adele Laurie Blue Adkins
Nama Komersil: Adele
Tarikh Lahir: 5 May 1988
Umur: 29 Tahun (2017)
Asal: London, British
Status: Berkahwin
Nama Suami: Simon Konecki
Nama Anak: Angelo Konecki
Kerjaya: Penyanyi & Penulis Lirik
Agama: Kristian
Warganegara: British

Lagu: Rolling In The Deep, Someone Like You, Set Fire In The Rain, Rumour Has It, Hometown Glory, Skyfall, Hello, Send My Love, When We Were Young, Water Under The Bridge dan banyak lagi.

Anugerah & Pencapaian:
Album Of The Year dan Best Pop Vocal Album di 59th Annual Grammy Awards, British Female Solo Artist dan British Global Success di BRIT Awards 2016, Best Original Song di Academy Awards 2012 dan banyak lagi.

Laman Sosial Adele

Gambar Menarik Adele

adele-face-closed-up-300x300 Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya! adele-photo-haircut-300x300 Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya! adele-photo-300x300 Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya! adele-singer-photo-300x300 Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya! beautiful-adele-photo-300x300 Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya! biodata-adele-300x300 Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya!

azlan-150x150 Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adele #adele 2017 #adele age #adele albums #adele biography #Adele Laurie Blue Adkins #adele music #adele wiki #adele youtube #Biodata Adele #gambar adele #Kenali Adele #lagu adele #laman sosial adele #Profil Adele #Trivia Adele #Trivia Menarik Adele

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.