Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 – 2016

Anugerah Nobel Keamanan 2000 2016

Hadiah Nobel ialah hadiah yang dianugerahkan secara tahunan oleh Akademi Sains Diraja Sweden, Akademi Sweden, Institut Karolinska dan Jawatankuasa Nobel Norway kepada seseorang dan pertubuhan yang telah membuat sumbangan yang cemerlang dalam bidang kimia, fizik, kesusasteraan, keamanan dan fisiologi atau perubatan.

Ia telah ditubuhkan oleh wasiat 1895 Alfred Nobel, yang menetapkan bahawa perlu ditadbirkan oleh Yayasan Nobel. Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi telah diwujudkan pada 1968 oleh Sveriges Riksbank, bank pusat Sweden, bagi sumbangan kepada bidang ekonomi. Setiap penerima, atau “laureate”, menerima pingat emas, diploma dan sejumlah wang, yang diputuskan oleh Yayasan Nobel, setiap tahun.

Hadiah Keamanan ialah nama bagi salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diturunkan oleh Alfred Nobel. Menurut wasiat Nobel, Hadiah Keamanan sewajarnya dianugerahkan kepada “tokoh yang akan melakukan kerja terbanyak atau terbaik demi persaudaraan antara bangsa, untuk pembubaran atau pengurangan tentera-tentera yang masih ada dan untuk menganjuran dan promosi kongres keamanan”.

Hadiah Keamanan ini dianugerahkan setiap tahun di Oslo, ibu negara Norway. Hadiah sebenarnya sentiasa dianugerahkan pada 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel. Raja Norway sentiasa menghadirinya. Selama sedekad yang berlalu, Upacara Hadiah Keamanan Nobel di Dewan Bandaraya Oslo sentiasa disusuli pada hari kemudian oleh Konsert Hadiah Keamanan Nobel yang disiarkan di lebih 150 negara dan lebih 450 juta rumah di seluruh dunia.

Pemilihan penerima Hadiah Keamanan Nobel kadang-kadang menimbulkan kontroversi, kerana senarai pemenangnya merangkumi tokoh-tokoh yang pernah menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah, tetapi kemudiannya melakukan konsesi luar biasa tanpa kekerasan dalam cubaan mencapai keamanan.

Secara umumnya, terlalu ramai tokoh dan pertubuhan yang telah menerima Hadiah Nobel Keamanan  sejak ia diperkenal lebih seabad lalu. Pada pos kali ini, penulis menyenaraikan penerima Hadiah Nobel Keamanan untuk abad ke-21 iaitu bermula tahun 2000 dan ke atas.

  • Tahun 2000

kim-dae-jung-2000-e1501178595640-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Kim Dae Jung (Korea Selatan)

 

Atas usahanya demi demi demokrasi dan hak asasi manusia di Korea Selatan dan seluruh Asia Timur, khususnya perdamaian dengan Korea Utara.

  • Tahun 2001

2001-kofi-annan-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Kofi Annan (Ghana) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Atas usaha mereka demi dunia yang lebih teratur dan damai.

  • Tahun 2002

2002-jimmy-carter-nobel-peace-prize-e1501178694527-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : James Earl Carter, Jr. (Amerika Syarikat)

Kerana usaha beliau tanpa putus-putus selama berdekad-dekad untuk mencari penyelesaian damai kepada konflik antarabangsa, memajukan demokrasi dan hak asasi manusia, serta memupuk pembangunan ekonomi dan sosial.

  • Tahun 2003

2003-shirin-ebadi-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Shirin Ebadi (Iran)

Kerana usaha beliau demi demokrasi dan hak asasi manusia. Beliau telah memberi tumpuan khususnya kepada perjuangan hak wanita dan kanak-kanak.

  • Tahun 2004

2004-wangari-muta-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Wangari Muta Maathai (Kenya)

Kerana sumbangan beliau kepada pembangunan mapan, demokrasi dan keamanan.

  • Tahun 2005

2005-mohammed-elbaradei-nobel-peace-prize-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Muhamed Elbaradei (Mesir) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (Austria)

Kerana usaha mereka untuk mencegah tenaga nuklear daripada digunakan untuk tujuan ketenteraan dan untuk memastikan bahawa tenaga nuklear untuk kegunaan aman digunakan dalam cara yang paling selamat yang termampu.

  • Tahun 2006

2006-yunus-e1501178801552-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Muhammad Yunus Bank Grameen (Bangladesh)

Kerana meningkatkan peluang ekonomi dan sosial untuk golongan miskin, terutamanya wanita, melalui hasil mikrokredit peloporan mereka.

  • Tahun 2007

nobel-2007-e1501178909817-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Albert Arnold (Al) Gore, Jr. (Amerika Syarikat) dan Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Cuaca (Switzerland)

Kerana usaha mereka untuk membina dan menyebarkan pengetahuan penting mengenai perubahan iklim buatan manusia, serta menyediakan asas untuk langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan perubahan sedemikian.

  • Tahun 2008

2008-Nobel-Martti-Ahtisaari-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Martti Ahtisaari (Finland), bekas Presiden Finland

Kerana usaha-usaha beliau yang dihargai untuk meleraikan konflik sedunia di beberapa benua selama lebih tiga puluh tahun.

  • Tahun 2009

2009-obama-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Barack Obama (Amerika Syarikat)

Atas usaha luar biasa beliau dalam memperkukuhkan diplomasi antarabangsa dan memupuk kerjasama antara bangsa-bangsa.

  • Tahun 2010

2010-Liu-Xiaobo-e1501178974636-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Liu Xiaobo (China)

Perjuangan lama tanpa keganasan demi hak asasi manusia di China.

  • Tahun 2011

2011-nobel-peace-prize-e1501179058734 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Ellen Johnson Sirleaf (Ligeria), Leymah Gbowee (Ligeria) dan Tawakel Karman (Yaman)

Kerana perjuangan tanpa keganasan demi keselamatan hak wanita untuk menyertai usaha pengamanan sepenuhnya.

  • Tahun 2012

2012-EU-e1501179117289 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Kesatuan Eropah (EU)

Kerana menyumbang kepada kemajuan keamanan dan perdamaian, demokrasi dan hak asasi manusia di Eropah selama lebih enam dekad.

  • Tahun 2013

2013-Organisation-for-the-Prohibition-of-Chemical-Weapons-e1501179161967-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Antarabangsa)

Atas usaha yang luas untuk membasmi senjata kimia.

  • Tahun 2014

2014-e1501179202423 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Kailash Satyarthi (India) dan Malala Yousafzai (Pakistan)

Atas perjuangan mereka menentang penindasan terhadap kanak-kanak dan golongan muda, serta demi hak semua kanak-kanak untuk menerima pendidikan. Pada umur 17 tahun, Malala Yousafzai adalah penerima Hadiah Nobel termuda dalam sejarah.

  • Tahun 2015

2015-tunisian-national-dialogue-e1501179262549 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Tunisian National Dialogue Quartet (Tunisia)

Atas sumbangan yang menentukan pembangunan demokrasi bersifat majmuk di Tunisia ekoran Revolusi Jasmin 2011.

  • Tahun 2016

2016-santos-e1501179301936-300x300 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

Penerima : Juan Manuel Santos (Columbia)

Kerana usaha keras beliau untuk menamatkan perang saudara yang berlanjutan hampir 50 tahun, perang yang mengorbankan kira-kira 220,000 orang rakyat Colombia dan pelarian hampir 6 juta orang.

IMG_20171206_114610-150x150 Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #hadiah nobel #hadiah nobel keamanan #nobel keamanan #nobel peace prize #nobel peace prize winner #nobel prize #Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016 #pemenang hadiah nobel keamanan

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.