Biodata Usop Mentor Milenia 2017

Usop Mentor

Usop adalah salah seorang peserta program realiti Mentor Milenia 2017 juga protege Hazama, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor atau lebih dikenali sebagai Usop kini menjadi perhatian oleh peminat program Mentor Milenia. Menurut Usop, tujuannya menyertai Program Mentor Milenia 2017 adalah bagi mencuba nasib di samping untuk mengubah nasib keluarga jika berjaya menjadi penyanyi kelak.

Mengenai sambutan luar biasa persembahan pertamanya itu, Usop tidak sangka akan mendapat sambutan luar biasa sehingga video persembahan pada malam itu menjadi viral dan mendapat pujian ramai

Usop mendapat perhatian ramai selepas membuat persembahan dalam pemilihan Protege pada konsert pengenalan Mentor Milenia 2017 dengan menyampaikan lagu Permata Cinta nyanyian asal oleh Aiman Tino dan menerima pujian ramai kerana berjaya membawakan lagu tersebut dengan cukup baik sekali. Usop pernah menjadi Vokalis sebuah kumpulan ketika umur 14 tahun.

Sejak dari konsert pengenalan itu Usop menjadi viral (tular) di rangkaian media sosial apatah lagi penonton melihat perwatakan Usop seorang yang disenangi kerana kelakar dan selamba.

Semasa sesi ujibakat Mentor Milenia, ciri-ciri perwatakan kelakar dan selamba itu sudah di lihat oleh penonton ketika dia menghadiri ujibakat Mentor, bagi Mentor Black, Akim dan Hazama, sehinggalah dia menjalani ujibakat untuk menjadi Protege kepada Hazama, dalam sesi ujibakat itu nama “USOP” diberikan oleh Hazama berikutan wajah Muhammad Saiful Naim (Epul) mengingatkan Hazama terhadap watak kartun siri animasi zaman 90’an iaitu Usop Sontorian.

Biodata Saiful Usop Mentor Milenia 2017

Nama Penuh : Muhammad Saiful Naim Muhd Noor
Nama Komersial : Saiful @ Usop
Umur : 20 tahun (2017)
Asal : Kulim, Kedah
Program Realiti : Mentor Milenia 2017
Hobi : Menyanyi
Instagram : https://www.instagram.com/usopofficial/

Gosip peribadi :
Beberapa wartawan tempatan menyelar sikap penyanyi baru, Usop Mentor Milenia 2017 yang enggan memberikan kerjasama dan dikatakan agak kekwat untuk memberikan nombor telefonnya kepada pihak media. Selepas itu, Usop memberi kenyataan bahwa beliau hanya mengikut arahan mentornya, Hazama yang memberitahu beliau tidak perlu memberikan nombor telefon kepada mana-mana pihak.

Loading...

Tags: #Biodata Saiful Usop Mentor Milenia 2017 #biodata usop Mentor Milenia 2017 #usop mentor #usop penyanyi

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.