Tampil Cantik Macam Selena Gomez? Ikuti 4 Tips Mudah Ini!

Selena Gomez Photo 2017

Talking about being a successful girl, Selena Gomez sangat sesuai dijadikan inspirasi. Bukan sahaja berjaya di arena seni suara malahan figura bertubuh genit ini berbakat besar dalam dunia lakonan.

Mulai dari gaya hidup, fesyen hingga kecantikan, semuanya diikuti oleh para peminatnya. Untuk info, bekas kekasih Justin Bieber ini pernah tersenarai dalam Most Beautiful at Every Age oleh People Magazine.

Bagaimana pelantun lagu Love You Like A Love Song ini menjaga penampilanya yang sentiasa cantik menawan? Nak tahu caranya, sila baca 4 tips mudah dibawah!

1. Hindari Makanan Segera

“Saya sangat suka dengan makanan segera atau junk food. Tetapi, saya sedar bahawa makanan segera tidak baik untuk kesihatan. Akhirnya, saya gantikannya dengan pisang yang dioles mentega kacang dan itu membuatkan saya mudah kencang,” katanya.

2. Ikuti Kelas Balet

“Kerana masih muda, saya merasakan tidak perlu untuk bersenam secara berlebihan bagi menjaga bentuk badan dan ketahanan fizikal. Jadi, saya hanya mengikuti kelas balet di Pop Physique Studio, California,” jelasnya.

3. Banyak Minum Air Putih

“Minum air putih merupakan salah satu hal yang mudah dilakukan dan tetapi seringkali diabaikan oleh kita semua. Bagi saya, air putih sangat penting untuk memiliki kulit yang cantik sempurna. Saya juga tidak lupa untuk memakan buah-buahan setiap hari,” katanya.

4. Sentiasa Merawat Kulit Muka

“Saya merawat kulit muka secara rutin dengan menggunakan sabun muka pilihan. Sebelum menggunakan solekan, saya akan pastikan menyapu losyen terlebih dahulu untuk menjaga kulit agar kekal sihat sentiasa,” jelasnya.

New Selena Gomez Best Photo Selena Gomez 2017 Photo

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Majalah Gadis

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cantik Macam Selena Gomez #Petua Cantik Selena Gomez #petua selena gomez #Selena Gomez #selena gomez 2017 #Tips Kecantikan Selena Gomez

Cara Menghalau Lipas Dari Rumah, Elakkan Rumah Anda Menjadi Sarang Lipas!
Lipas, salah satu binatang yang menggelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu,
Petua Menghalau Tikus Dari Rumah, Elak Penyakit Kencing Tikus!
Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga
Cara Memutihkan Siku Yang Hitam Dengan 3 Cara Mudah Ini
Penampilan diri sangat penting pada seseorang tanpa mengira lelaki atau wanita. Dari hujung
Khasiat Luar Biasa Chia Seed, Tak Sangka Banyak Sungguh Manfaatnya!
Tidak dinafikan, biji chia seed sangat berguna dan bermanfaat kepada kita terutamanya dalam

Comments are closed.