Cara Mengenalpasti Keaslian Minyak Wangi Berjenama Terkenal

Perfume Testing

Cetakan pada kotak
Semua minyak wangi (perfume) yang asli mesti mempunyai kotak yang menyatakan tempat minyak wangi dihasilkan dan kandungan minyak wangi tersebut. Semak semua ejaan, tempat pengeluaran (made in) dan maklumat pada kotak dengan laman web rasmi pengeluar.

Batch number pengeluaran
Periksa ‘batch number’ pada kedua-dua botol dan kotak. Ia mesti sepadan. ‘Batch number’ biasa akan dicetak mengunakan cetakan laser atau pun ’embossing stamp’ pada kotak. Ia tidak sama dengan cetakan lain pada kotak minyak wangi tersebut. Pada bahagian botol, pengeluar akan melekatkan nombor yang sama menggunakan pelekat yg dicetak khas. Sesetengah pengeluar akan melakukan cetakan laser pada botol.

Balutan pada kotak
98% pengeluar minyak wangi membalut kotak mereka menggunakan plastik cellophane. Periksa cara balutan. Balutan mestilah kemas dan kesan gam pada balutan adalah minima atau hampir tak kelihatan.

Jangka hayat bau
Jangka hayat minyak wangi bergantung pada kesesuaian reaksi badan pengguna. Boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 jam, bergantung pada keadaan cuaca, suhu dan keserasian pengguna ianya boleh bertahan sehigga 7-8 jam. Ia mempunyai tiga tahap iaitu ‘top notes’, ‘middle notes’ dan ‘base notes’. Bau minyak wangi adalah berlainan pada permulaan semburan dan apabila ia mula bertindak balas dengan kulit pengguna. Biasanya perbezaan boleh dikesan selepas 2 minit.

Kualiti pada botol
Pengeluar terkenal minyak wangi akan menjaga kualiti produk mereka. Botol mestilah dari kaca yang berkualiti. Pembuatan botol adalah sempuna tanpa kesan pudar atau kecacatan yg nyata dengan penutup botol yg tidak longgar walau dibuka berkali-kali. Sesetengah pengeluar menggunakan ‘magnetic cap’ untuk produk mereka.

Tester perfume
Mempunya ciri perfume seperti di atas.
– Didatangkan dalam kotak tester. Biasanya berwarna putih atau coklat.
– Tidak dibalut dengan plastik cellophane.
– Mempunyai cetakan atau pelekat TESTER dan NOT FOR SALE pada botol dan kotak.

Berhati-hati dengan produk ‘Original reject perfume’
Pengeluar minyak wangi tidak pernah mengeluarkan produk mereka yang mempunyai kecacatan untuk menjaga reputasi mereka. Produk yg tidak menepati piawaian akan dimusnahkan atau dibuat semula. Jika diperhatikan, produk ORIGINAL REJECT ini hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia atau Thailand sahaja. Adakah hanya produk berjenama terkenal sahaja mempunyai reject?

Bahaya barangan tiruan
Memakai barangan tiruan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak dijamin selamat. Ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan jika digunakan. Semua minyak wangi yang tulen telah mendapat pengitirafan bahawa ianya selamat untuk digunakan.

Perkara yang harus diambil perhatian :

  1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
  2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya.
  3. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
  4. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.
    Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan – ketebalan dan warna – tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
  5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan – biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
  6. Semak Nombor Batch.
  7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
  8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.
  9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal.
  10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
  11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
  12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
  13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
  14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
  15. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
  16. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.

Kaedah ringkas lain yang boleh dicuba untuk kenalpasti ;

1. Ambil botol perfume
2. Terbalikkan botol itu (Turn the bottle upside down)
3. Goncang laju-laju (Shake it)
4. Nanti akan keluar buih (Bubble will appear)
5. Apabila buih sudah keluar, lihat pula masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.

*Semakin cepat hilang buih daripada pandangan mata anda, semakin tiruan perfume itu.

logo-150x150 Cara Mengenalpasti Keaslian Minyak Wangi Berjenama Terkenal

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Mengenalpasti Keaslian Minyak Wangi Berjenama Terkenal

Loading...

Tags: #Bahaya barangan tiruan #cara nak beza perfume ori #cara nak tau perfume ori atau tidak #cara nak uji perfume ori #ciri ciri perfume original #ciri parfum hermes asli #Kaedah ringkas semak perfume asli #kaedah uji perfume #kenal perfume ori atau tidak #kenali perbezaan perfume #Minyak Wangi Berjenama Terkenal #parfum chanel #parfum import asli eropa #parfum malaysia #perfume ori atau tidak ori #perfume tak ori #teknik kesan perfume ori atau tak ori

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Cara Mengenalpasti Keaslian Minyak Wangi Berjenama Terkenal"