Kisah Seorang Murid Dan Gurunya : Erti Sebuah Pemberian

Tadah Tangan

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut. Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat ketara. Inilah keistimewaan seorang murabbi yang ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang. Remaja itu melihat gurunya sambil bertanya:

“Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim itu menjawab:

“Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?”

Pemuda itu terpegun dengan penerangan gurunya, dan dia bersetuju untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut. Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon. Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40-an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan. Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut itu, dan kemudian merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, apabila dilihatnya benda tersebut adalah wang kertas, mukanya berubah dan terpegun kerana ada beberapa keping wang kertas di dalamnya.

Dia memeriksa sebelah kasut lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak. Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya. Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya, mungkin nak bertanyakan sesuatu. Tetapi beliau hanya mendapati dirinya hanya keseorangan.

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki);

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini. Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteriku dari kecelakaan ini Ya Allah”.

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. Murid tadi sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung lagi.

Guru yang alim itu terus bersuara;

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan gembira melihat orang yang kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab;

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku”

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya berkata;

“Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu adalah bermacam-macam;

Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja”.

Petani-yang-pasrah.-300x300 Kisah Seorang Murid Dan Gurunya : Erti Sebuah Pemberian

Loading...

Tags: #cerita nasihat #cerita teladan #kisah erti sebuah pemberian #kisah guru dan pemuda #kisah murid dan guru #tazkirah

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Kisah Seorang Murid Dan Gurunya : Erti Sebuah Pemberian"