Cara Masak Nasi Beriani Gam Sempena Aidiladha


Bahan-bahan memasak nasi beriani :
  • 5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri)
  • 1 cawan ghee (minyak sapi)
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 inci kayu manis
  • 5 bunga lawang
  • 1 sudu teh jintan manis
  • Setengah sudu teh koma koma (saffron)
  • 6 ulas bawang putih -hiris halus
  • 10 ulas bawang merah – hiris halus
  • 1 inci halia – hiris halus
  • 5 sudu makan rempah beriyani (pes)
  • Segenggam gajus
  • Segenggam raisins
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa

Nota kaki : cawan = cawan kopi

Cara memasak nasi beriani: 
  • Panaskan minyak sapi.
  • Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum.
  • Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau.
  • Seterusnya masukkan beras dan kacau rata.
  • Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata.
  • Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata.
  • Kecilkan api dan masak beras sehingga separa masak.
Bahan-bahan untuk memasak lauk :
  • 1 kilo daging lembu bahagian batang pinang dipotong.
  • 5 biji kentang yang dibelah dua.
  • 8 biji telur rebus keras.
  • Setengah cawan minyak sapi.
  • 1 sudu teh buah pelaga.
  • 1 inci kayu manis.
  • 5 bunga lawang.
  • 1 sudu teh jintan manis.
  • 2 biji bawang besar yang dihiris.
  • 5 ulas bawang putih yang dikisar.
  • 10 ulas bawang merah yang dikisar
  • 1 inci halia yang dikisar.
  • 6 sudu makan pes rempah beriyani.
  • Segenggam gajus.
  • Segenggam kismis.
  • Air – cover daging + 1 – 2 cawan extra.
  • Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yogurt.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 atau 2 sudu makan puri tomato.
Cara memasak lauk:
  • Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan yang kisar dan semua rempah sehingga naik bau.
  • Masukkan pes beriyani dan biarkan ia pecah minyak.
  • Masukkan daging dan ibu kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Kemudian, didihkan.
  • Kecilkan api dan masak hingga daging menjadi empuk.
  • Masukkan bahan-bahan lain dan 3 – 4 cawan air lagi. Kacau sehingga rata.
Peralatan yang diperlukan: 
1. Alat pengukus.
2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan.
3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter).
4. Kanji/pelekat (masak tepung kanji)
Cara masak nasi dan lauk serentak: 
  • Masukkan lauk yang separa masak ke dalam periuk pengukus (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata.
  • Alaskan periuk kukusan dengan kain muslin (buat 3 layers).
  • Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan.
  • Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk.
  • Celupkan kain kapas dengan kanji.
  • Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan ikatannya ketat.
  • Masak pada api yang perlahan lebih kurang 1 jam.
  • Buka lilitan dan buka tutup pengukus.
  • Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak.
  • Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan. Tambah air untuk lauk jika perlu.
Cara hidangan:  
  • Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
  • Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan.
  • Acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan.
Loading...

Tags: #cara buat nasi beriani ori #cara cara nak masak nasi beriani #gambar nasi beriani #nasi beriani gam #nasi beriani sempena Aidiladha #resepi beriani gam sedap #resepi nasi beriani gam

Resipi Nasi Minyak Terengganu Gulai Ayam
Bahan nasi : 1 kg beras Siam/beras biasa 125ml susu cair 1 biji
Resipi Nasi Arab Kabsah Yang Ringkas Dan Lazat
Bahan-bahan : 1 kg lamb shoulder – dipotong kiub atau 1 ekor ayam
Resipi Ayam Penyet Yang Mudah Dan Lazat
Bahan-bahan untuk ayam penyet : 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus
Resipi Nasi Kerabu Biru @ Nasi Kerabu Kelantan
Bahan-bahan nasi : 3 cawan/pot beras Sedikit pewarna biru atau bunga telang Air

Comments are closed.