5 Cara Hadapi Teman Lelaki Yang Over Protective. WANITA Wajib Baca!

Teman Lelaki Yang Over Protective

Wanita, pernahkan anda bercinta dengan teman lelaki yang over protective?

Sekira jawapan ya, pastinya anda menjalani pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang bersama si dia yang terlalu mengawal kehidupan anda.

Jika tidak dikawal dengan bijak, perhubungan anda dengan teman lelaki akan mengalami keretakan dan akhirnya putus di tengah jalan.

Lazimnya, gejala over protective ini seringkali berlaku pada golongan lelaki berbanding kaum Hawa.

Cara Hadapi Teman Lelaki Yang Over Protective

Dipetik dari portal CosmoGirl Indonesia, penulis kongsikan 5 cara mudah hadapi teman lelaki yang over protective. Check it out!

1. Tunjuk Sikap Berdikari

Kebiasaannya, sikap over protective dalam kalangan teman lelaki terhadap cinta hatinya adalah disebabkan oleh kebimbangan lebih-lebih lagi sekiranya mengalami perkara-perkara yang tidak diingini atau memerlukan bantuan mereka di luar sana. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlulah membuktikan bahawa anda merupakan seseorang wanita yang boleh berdikari dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran hidup.

Sebagai contoh, anda boleh menaiki pengangkutan awam secara bersendirian jika teman lelaki tidak dapat menjemput atau sibuk dengan kerja hariannya. Tindakan ini sedikit sebanyak menjadi contoh terbaik buat anda untuk berdikari di mata kekasih.

2. Perkenalkan Rakan-Rakan Anda Pada Kekasih

Salah satu cara untuk mengatasi masalah kekasih yang over protective adalah dengan memperkenalkan semua rakan-rakan di sekeliling anda padanya. Inilah masa yang sesuai buat kekasih anda mengenali serba sedikit siapakah kawan-kawan yang dekat dengan teman wanitanya. Biarpun anda tidak perlu menjemputnya setiap kali keluar hangout bersama kawan-kawan, sekurang-kurangnya teman lelaki mengetahui persekitaran sosial anda agar si dia tidak perlu lagi panik.

3. Tunjukkan Sifat Anda Boleh Dipercayai Dirinya

Seterusnya, anda disyorkan untuk menunjukkan sifat yang anda boleh dipercayai oleh si dia meskipun berada jauh disisinya. Seelok-eloknya, jaga keterbatasan dan kelakuan diri anda sekiranya menjalani aktiviti luar kawasan seperti tugasan luar pejabat atau bercuti dengan kawan-kawan yang boleh meruntuhkan dinding kepercayaan teman lelaki terhadap anda. Komitmen ini menggambarkan si dia sangat penting dan bermakna dalam hidup anda.

4. Mengirim Khabar Berita

Sekali-sekala kirimkan khabar berita anda menerusi panggilan telefon atau sekadar menghantar pesanan ringkas buat si dia agar jiwanya sentiasa tenang. Misalnya, apa yang dilakukan anda sepanjang satu hari tersebut.

5. Luangkan Masa Bersama Si Dia

Last but not least, ambilkan masa untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti menonton wayang atau keluar makan bersama-sama. Jangan lupa untuk sembang dari hati ke hati terutamanya sikapnya yang over protective terhadap anda secara santai agar suasana tidak menjadi tegang. Pendek kata, berkomunikasi antara dua pihak boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi sebelumnya.

azlan-150x150 5 Cara Hadapi Teman Lelaki Yang Over Protective. WANITA Wajib Baca!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bercinta dengan teman lelaki yang over protective #Cara Mudah Hadapi Teman Lelaki Yang Over Protective #Cara Tangani Teman Lelaki Yang Over Protective #gejala over protective #hadapi boyfriend yang over protective #hadapi girlfriend yang over protective #hadapi teman yang over protective #over protective #Teman Lelaki Yang Over Protective #Tips Atasi Masalah Kekasih Yang Over Protective

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.