Top 5 Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram 2017!

Top 5 Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram

Tahukah anda, pemain bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendominasi selebriti lelaki di dunia yang memiliki pengikut paling ramai di Instagram pada tahun ini dengan 117 juta follower.

Di Malaysia pula, pelawak popular kelahiran Terengganu iaitu Zizan Razak berada di posisi pertama artis lelaki paling terpengaruh di Instagram dengan 4.5 juta pengikut di laman media sosial berkenaan.

Bagaimana pula di Korea Selatan? Nah, ini top 5 artis lelaki Korea Selatan yang mempunyai pengikut teramai di Instagram pada tahun 2017. Penasaran? Jom semak artikel di bawah!

5. Lee Jong Suk – 11.1 juta pengikut

Lee-Jong-Suk Top 5 Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram 2017!

Akaun Instagram: @jongsuk0206

Sudah lapan tahun bertapak, nama Lee Jong Suk semakin gah di arena seni hiburan Korea Selatan. Berbekalkan wajah yang kacak, tinggi lampai dan memiliki personaliti menarik, kehadiran pelakon berkulit cerah ini mudah diterima oleh para peminat dan pemerhati seni.

Pelbagai K-Drama telah dibintanginya termasuklah While You Were Sleeping, W, Doctor Stranger, Jade Lover dan I Hear You Voice. Sebelum bergelar anak wayang, jejaka berusia 28 tahun ini menongkah survival hidup sebagai peragawan untuk pentas peragaan sejak berusia 16 tahun lagi.

Graduan dari Konkuk University ini menduduki tempat kelima artis lelaki Korea Selatan paling ramai pengikut di Instagram dengan memiliki 11.1 juta follower. Setakat ini, figura ini telah memuat naik sebanyak lebih 200 kiriman (foto dan video) di entri laman media berkenaan.

4. Baekhyun EXO – 11.3 juta pengikut

Beakhyun-EXO Top 5 Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram 2017!

Akaun Instagram: @baekhyunee_exo

Baekkhyun atau nama lengkapnya Byun Baek Hyun merupakan salah seorang anggota kumpulan EXO. Selepas debut dengan EXO pada April 2012, jejaka kacak ini menyertai subgrup EXO-K dan sub-unit EXO-CBX. Beliau direkrut di bawah SM Entertainment mulai 2011 melalui sistem SM Casting System.

Di samping aktif menyanyi, anak kelahiran Bucheon, Korea Selatan ini turut mengembangkan bakat terpendamnya dalam bidang seni lakonan. Berada di tangga empat sebagai artis lelaki Korea Selatan paling terpengaruh di Instagram, aktor drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo ini mempunyai seramai 11.3 juta pengikut.

Sepanjang bergelar anak seni, lelaki berbintang Taurus ini menerima pelbagai penghargaan seperti New Star Award di SBS Drama Awards 2016, Best R&B/Soul 8th Melon Music Awards 2016 dan Digital Bonsang di 31st Golden Disk Awards 2017.

3. Sehun EXO – 11.7 juta pengikut

Sehun-EXO Top 5 Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram 2017!

Akaun Instagram: @ohhsehun

Di posisi ketiga sebagai artis lelaki Korea Selatan paling ramai pengikut di Instagram menjadi milik Sehun EXO. Menerusi kumpulan berkenaan, figura yang lahir pada 12 April 1992 ini bertindak sebagai penyanyi dan rapper.Untuk info, pemilik nama sebenar Oh Se-hun ini telah menjalani sebanyak empat kali uji bakat dalam masa dua tahun sebelum diserap masuk ke SM Entertainment pada 2008.

Seperti rakan sekumpulannya yang lain, anak bongsu daripada dua beradik ini turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Pada tahun 2017, Sehun telah membintang sebuah drama web berjudul Dear Archimedes dan sebuah filem bertajuk Catman selaku pemain utama.

Bukan itu sahaja, anak muda ini juga muncul dalam beberapa video muzik K-Pop seperti Girls Generation (Twinkle), BoA (Who Are You), Super Junior (Can You Feel It) dan Shinhwa (Yo!).

2. Chanyeol EXO – 12.8 juta pengikut

Chanyeol-EXO Top 5 Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram 2017!

Akaun Instagram: @real_pcy

Dengan memiliki 12.8 juta follower, Park Chanyeol atau mesra disapa Chanyeol telah meninggalkan kedua-dua rakan sekumpulannya di tempat kedua sebagai artis lelaki Korea Selatan paling ramai pengikut di Instagram.

Selain menyanyi, jejaka berusia 25 tahun ini juga berbakat besar dalam penulisan lirik lagu. Beliau turut menghasilkan beberapa lirik lagu untuk kumpulannya seperti Heaven, Promise, Lightsaber, Run dan Lucky.

Tidak mahu ketinggalan, Chanyeol mencabar dirinya sebagai seorang pelakon di mana beliau tampil dalam filem berjudul So I Married An Anti-Fan dan Salut D’Amour. Sebelum direkrut oleh SM Entertainment, pemuda ini telah dinobat sebagai naib johan bagi program Smart Model Contest 2008.

1. G-Dragon – 15.2 juta pengikut

G-Dragon Top 5 Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram 2017!

Akaun Instagram: @xxxibgdgrn

Peminat muzik K-Pop pastinya mengenali figura bernama G-Dragon atau nama sebenarnya Kwong Ji Yong. Bernaung di bawah label YG Entertainment, G-Dragon menyandang tempat pertama artis lelaki Korea Selatan paling ramai pengikut di Instagram pada tahun 2017 dengan 15.2 juta follower.

Seperti yang anda semua tahu, beliau merupakan leader kepada kumpulan BigBang yang popular dengan lagu seperti Monster, Bang Bang Bang, Fantastic Baby, We Like 2 Party dan Bae Bae.

Di samping bergerak secara berkumpulan, anak jati Busan, Korea Selatan ini turut membuat beberapa penampilan solo. One Of A Kind, Heartbreaker, Breathe dan Crayon adalah untaian hitnya secara solo. Namanya bukan sahaja terkenal di Korea Selatan bahkan mekar mewangi di seluruh pelosok dunia.

Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh anak seni ini termasuklah Most Influence Male Artist of the Year di QQ Music Awards 2016, Style Icon of the Year di Style Icon Awards 2016, Best Male Artist di Mnet Asian Music Awards 2013 dan Best Solo Act di SBS PopAsia Awards 2012.

azlan-150x150 Top 5 Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram 2017!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower Di Instagram 2017 #Artis Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Pengikut Di Instagram 2017 #Artis Lelaki Korea Selatan Paling Terpengaruh Di Instagram 2017 #Artis Lelaki Popular Korea Selatan Paling Popular Di Instagram 2017 #Baekhyun EXO #Baekhyun EXO instagram #Beakhyun EXO #Beakhyun EXO instagram #Chanyeol EXO #Chanyeol EXO instagram #G-Dragon #G-Dragon instagram #Lee Jong Suk #Lee Jong Suk instagram #Sehun EXO #Sehun EXO instagram #Selebriti Lelaki Korea Selatan Paling Ramai Follower 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.