Biodata Mimie Haris, Pengacara CJ Wow Shop Berbakat Besar

Biodata Mimie Haris, Pengacara CJ Wow Shop

Jika anda penonton setia program CJ Wow Shop di rangkaian televisyen Media Prima seperti TV3 dan TV9, pastinya sinonim dengan salah seorang pengacaranya iaitu Mimie Haris.

Mula mengemudi rancangan membeli-belah secara atas talian mulai Oktober 2016, anak jati Alor Setar, Kedah ini semakin selesa melontarkan kata-kata dan bijak beraksi di depan kamera bersama-sama hos yang lain seperti Karl Shafek, Brian Chen dan Fiza Frizzy.

Untuk pengetahuan pembaca, Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris ini memulakan kembara seninya sebagai seorang penyanyi di mana beliau merupakan salah seorang finalis program realiti nyanyian My Starz LG musim kedua.

Selain mengacara dan menyanyi, wanita berbintang Gemini juga turut mengembangkan portfolio seninya ke dunia lakonan. Anakku Diva, Bintang Di Kalbu dan Datang Bulan adalah drama yang telah dibintanginya beberapa tahun lalu.

Apa tunggu lagi, marilah kita berkenalan lebih dekat dengan figura cantik berbakat besar ini.

Biodata Ringkas Mimie Haris

Nama Penuh: Norshamimi Ahmad Haris
Nama Komersil: Mimie Haris
Umur: 27 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 3 Jun 1990
Zodiak: Gemini
Asal: Alor Setar, Kedah
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Pengacara, Penyanyi & Pelakon
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Hos TV: CJ Wow Shop (Media Prima) & In-Trend (RTM).

Lagu/Single: Jatuh Cinta Lagi, Kakiku Kaku, Kenyalang I’m Love You ( duet bersama Aepul Drama Band) & Sastera Kupu-Kupu.

Drama/Telefilem: Anakku Diva, Bintang Di Kalbu, Wira Malam Bisikan Naga, Datang Bulan, Kau Dan Aku 2, Sleeq & Friends, Di Luar Garisan, Cafe Akhil Hayy dan banyak lagi.

Laman Sosial Media Mimie Haris

Trivia Menarik Tentang Mimie Haris

  • Graduan dalam jurusan Diploma Seni Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Siapa sangka wanita bertubuh genit ini pernah mewakili negeri Kedah dalam sukan golf.
  • Pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015 sebelum bercerai lapan bulan kemudian disebabkan tiada kesefahaman dalam kehidupan antara satu sama lain.
  • Berkolaborasi dengan Najwa Latif, iamNEETA dan Deanna Hussin menyanyikan lagu raya berjudul Hari Raya.
  • Beliau turut menyertai pelbagai pertandingan menyanyi termasuklah Digi Celebriteen 2007 dan Mentor 2006 (finalis Top 20).
  • Mimie juga pernah mengacarakan program berkaitan automotif berjudul Sinar Turbo yang disiarkan di saluran YouTube Sinar TV (Sinar Harian).
  • Sangat meminati muzik bergenre Pop dan R&B.
  • Si cantik ini juga pernah mengikuti pancaragam pertubuhan RELA dan membuat persembahan nyanyian pada Hari Keputeraan Sultan Kedah.
  • Sebelum ini, pelakon ini pernah bernaung dibawah syarikat rakaman NAR Records dan AICO Entertainment.
  • Sehingga kini, Mimie memiliki lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Mimie Haris, Pengacara CJ Wow Shop Berbakat Besar

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Mimie Haris #CJ Wow Shop #Images for Mimie Haris #Kenali Mimie Haris #Mimie Haris #mimie haris biodata #mimie haris cj wow shop #Mimie Haris Host CJ Wow Shop #mimie haris ig #mimie haris instagram #Mimie Haris My Starz LG #Mimie Haris Pengacara CJ Wow Shop #Mimie Haris Profile #Norshamimi Ahmad Haris #Profil Mimie Haris

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.