Drama Berjudul Jejak Karmila Tampilkan Pelakon Baru Dan Lama

Jejak Karmala Header

Drama berjudul Jejak Karmila

Nantikan drama terbaru di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila. Adaptasi novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilkan gandingan baru Mia Ahmad, Ruhainies bersama primadona ulung, Fauziah Dato Ahmad Daud.

Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT.

Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain. Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila.

Antara pelakon yang membarisi drama ini ialah seperti Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley, Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De’fam, Nafiz Muaz, Johan As’ari, Wan Sharmila, Duerra Mitilda. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Murali Abdullah. Bakal disiarkan di TV3 pada bulan November nanti.

Ringkasan :
Judul : Jejak Karmila
Episod : 13 episod
Tarikh Siaran : November 2016
Saluran : Slot Zehra TV3
Karya Novel : Nilam Himawari / Rizalwan Ramli
Pengarah : Murali Abdullah
Penerbit : Zeel Production Sdn Bhd

Watak lakonan :
Fauziah Ahmad Daud (Karmila)
Mia Ahmad (Suraya)
Ruhainies (Nonie)
Asyraf Aley (Syed Haikal)

drama-berjudul-Jejak-Karmila-150x150 Drama Berjudul Jejak Karmila Tampilkan Pelakon Baru Dan Lama Pelakon-Jejak-Karmila-150x150 Drama Berjudul Jejak Karmila Tampilkan Pelakon Baru Dan Lama

Loading...

Tags: #drama Jejak Karmila #pelakon drama Jejak Karmila #senarai pelakon drama Jejak Karmila #sinopsis Jejak Karmila #watak utama dalam drama Jejak Karmila

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Berjudul Jejak Karmila Tampilkan Pelakon Baru Dan Lama"