Drama Berjudul Meh Sandar Pada Aku Di TV3

Mira Filzah Dan Aliff Aziz Meh Sandar Pada Aku

Drama berjudul Meh Sandar Pada Aku

Drama terbaru adaptasi novel karya Aifa Batrisya berjudul “Meh Sandar Pada Aku” bakal menemui penonton di slot Dahlia TV3 pada tahun 2017.

Ia mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneemsedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Di sana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr. Syed Nadzhan. Dr. Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr. Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.

Sepanjang tempuh seliaan Dr. Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr. Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr. Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Dr. Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr. Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya.

Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr. Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr. Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr. Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Dr. Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.

Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr. Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr. Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr. Syed juga Dr. Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

Menemukan gandingan Aliff Aziz dan Mira Filzah sebagai pelakon utama. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian. Drama Meh Sandar Pada Aku kini boleh juga ditonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3 awal tahun 2017 nanti.

Antara senarai pelakon yang dibariskan oleh drama ini adalah seperti Mira Filzah, Aliff Aziz, Jaja Iliyes, Redza Rosli, Aishah Ilias, Asyraf Aley, Azri Iskandar, Badrul Muhayat, Raja Ema, Fiza Halim, Marr Mohamad, Fendi Seman, Aidit Noh, Haff Ridzuan, Nafiez Zaidi, Dania Aina, Adam Darwisy, Shazzy Edora.

Ringkasan :

Judul : Meh, Sandar Pada Aku!
Episod : 13 episod
Tarikh Siaran : 2017
SiaranĀ : Slot Dahlia TV3
Penulis Novel : Aifa Batrisya
Pengarah : Emi Suffian Abd Sabhe
Penerbit : Zeel Production Sdn Bhd
Lagu Tema / OST : Sandar Padaku – Aliff Aziz feat Mira Filzah

Watak lakonan :
Mira Filzah (Afnan Tasneem)
Aliff Aziz (Dr. Syed Nadzhan)
Jaja Iliyes (Aleesya)
Redza Rosli (Adam Naufal)
Aishah Ilias (Mastura)
Asyraf Aley (Syed Emir)
Azri iskandar (Syed Azhar)
Badrul Muhayat (Syed Irham)
Raja Ema (Juhara)
Fiza Halim (Farah)
Marr Mohamad (Dr. Ram)
Fendi Seman (Zamarul)
Aidit Noh (Lukhman)
Dania Aina (Syarifah Emira)
Adam Darwisy (Syed Nadzhan – Kecil)
Shazzy Edora (Aleesya – Kecil)

Drama-Meh-Sandar-Pada-Aku-300x300 Drama Berjudul Meh Sandar Pada Aku Di TV3Meh-Sandar-Pada-Aku-2016-300x300 Drama Berjudul Meh Sandar Pada Aku Di TV3Pelakon-Meh-Sandar-Pada-Aku-300x300 Drama Berjudul Meh Sandar Pada Aku Di TV3

logo-150x150 Drama Berjudul Meh Sandar Pada Aku Di TV3

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Drama Berjudul Meh Sandar Pada Aku Di TV3

Loading...

Tags: #aliff aziz meh sandar pada aku #drama 2017 tv3 #drama tv3 meh sandar pada aku #mira filzah meh sandar pada aku #pelakon meh sandar pada aku #senarai pelakon drama meh sandar pada aku #sinopsis meh sandar pada aku

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Berjudul Meh Sandar Pada Aku Di TV3"