Biodata Azar Azmi, Pelakon, Model Dan Ushawan

Biodata Azar Azmi Pelakon

Azar Azmi atau nama sebenar Siti Azar Ameerah binti Azmi merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Arbaayah Othman (1962-2016) dan Azmi Mohd Yusof (1962-2017). Sebelum menyertai Dewi Remaja, Azar memulakan kerjaya lakonan melalui watak tambahan.

Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa (juara), Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam. Selain itu, beliau juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.

Beliau juga pernah berlakon di samping Ashraf Muslim dan Mia Ahmad dalam drama adaptasi novel, Mr. Boss Miss Stalker di TV3 dan seterusnya berlakon bersama Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Azar menjayakan peranan utama bersama Fattah Amin dalam telefilem Bayangan Emilia arahan Pekin Ibrahim yang memulakan siaran di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan oleh Datuk Yusof Haslam berlakon dalam siri drama kepolisan, Gerak Khas, yang mana Azar memegang watak sebagai Detektif Amira, di samping Raja Ilya, Sheera Iskandar, Norman Hakim dan Syamsul Yusof pada 28 Januari 2017.

Azar juga memegang watak sebagai Amelina, anak kepada seorang pegawai polis dan menjadi sebahagian dari barisan pelakon termasuk Hazama, Zoey Rahman, Munna Bella dan Ruhainies yang membintangi telefilem Uniknya Cinta arahan Suhaimi Lua yang bersiaran di Slot Cerekarama TV3 pada 3 Februari 2018.

Azar juga muncul dan memegang watak sebagai Ain di dalam siri drama waktu perdana, Tiada Arah Jodoh Kita di Slot Akasia TV3, yang diterajui oleh Shukri Yahaya dan Aprena Manrose bermula 13 Februari 2018.

Azar menjayakan peranan utama sebagai Wildad dalam siri drama waktu perdana iaitu, Cinta Fatamorgana yang turut bersiaran di Slot Akasia TV3.

Azar juga telah memegang watak sebagai Haryani dalam Isteri Untuk Diiktiraf di TV1. Beliau, bersama-sama Zara Zya, Hanna Aqeela dan Syazuwan Hassan menjadi teraju utama drama Terbaik Dariku yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 14 November 2018.

Azar muncul dalam drama Nur 2, memegang watak sebagai Juita, watak yang pada asalnya diberikan kepada Nelydia Senrose sebelum menarik diri. Bukan nama besar dalam industri, namun pelakon Azar Azmi yakin nasibnya akan berubah tidak lama lagi. Memegang watak Juita dalam drama bersiri Nur 2, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi berharap lakonan beraninya itu membuka lembaran baharu dalam karya seninya. Menerusi Nur 2, watak Juita melakonkan adegan panas dengan menggoda Ustaz Adam menerusi permainan kamera. Lakonan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi penonton. Ada yang mengeji dan tidak bersikap positif kerana memahami teknik penggambaran digunakan.

Pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 pada tahun 2018.

Antara drama dan telefilem lain yang pernah dibintanginya ialah Mr. Boss Miss Stalker, Mukhlis (Musim 2), Suri Hati Mr. Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Gerak Khas, Bayangan Emilia, My Coffee Prince (penampilan istimewa), Tiada Arah Jodoh Kita, Uniknya Cinta, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.

Biodata Azar Azmi :
Nama penuh : Siti Azar Ameerah binti Azmi
Nama popular: Azar Azmi
Tarikh lahir : 13 Mac 1989 (umur 30)
Asal : Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
Kediaman : Kuala Lumpur
Pekerjaan : Pelakon, model, usahawan
Tahun aktif : 2010−kini
Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Azar_Azmi
Instagram : @azarazmi
Facebook : https://www.facebook.com/azarazmi

azar-azmi-biodata-300x300 Biodata Azar Azmi, Pelakon, Model Dan Ushawan biodata-azar-azmi-pelakon-drama-pujaan-hati-kanda-2-300x300 Biodata Azar Azmi, Pelakon, Model Dan Ushawan

logo-150x150 Biodata Azar Azmi, Pelakon, Model Dan Ushawan

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Biodata Azar Azmi, Pelakon, Model Dan Ushawan

Loading...

Tags: #azar azmi biodata #azar azmi instagram #azar azmi kosmetik #azar azmi latarbelakang #azar azmi pelakon #gambar azar azmi

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.