Resepi Masakan Puding Cendol Jagung

Pudung Cendol Jagung

Resepi Puding Cendol Jagung

Bahan-bahan untuk lapisan putih :

  • 5 g serbuk agar-agar
  • 200 ml air
  • 1/3 cawan gula halus
  • 200 ml santan kotak
  • 100 g jagung cream
  • 200 g cendol
  • Garam

Bahan-bahan untuk lapisan coklat :

  • 120 g gula melaka (dicincang)
  • 250 ml air
  • 200 ml santan kotak
  • 5 g serbuk agar-agar
  • Garam

Cara-cara masak lapisan putih :

  1. Masak air, gula dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
  2. Kecilkan api, masukkan santan dan garam, kemudian gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan cendol dan jagung, gaul rata dan matikan api.
  4. Tuangkan kedalam acuan 6 x 6 yg telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah keluarkan agar-agar).
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya ia mengeras sedikit sebelum lapisan coklat dituangkan.

Cara-cara masak lapisan coklat :

  1. Masak gula melaka dan air sehingga mendidih.
  2. Setelah siap, tapiskan.
  3. Masak air gula melaka dan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
  4. Kecilkan api, masukkan santan dan garam, kemudian gaulkan rata.
  5. Cucuk-cucukkan lapisan putih yg sudah mengeras sedikit dengan garpu, kemudian tuang kan cecair lapisan coklat.
  6. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasuk kan ke dalam peti sejuk. Hidang sedia dinikmati setelah ia betul-betul mengeras.

Carian Berkaitan

puding cendol jagung
Loading...

Tags: #cara buat Puding Cendol Jagung #cara masak Puding Cendol Jagung #menu Puding Cendol Jagung #Resepi Puding Cendol Jagung

Resepi Roti Sarang Lebah Bersalut Sos Butterscotch Yang Enak!
Bahan A 50 gram gula 1 paket yis 300ml air Bahan B 150
Cara Memasak Pulut Kuning Yang Sedap
Memasak pulut kuning tidaklah rumit. Masa untuk memasak juga tidak memerlukan masa yang
5 Resepi Masakan Maggi Pilihan Rakyat Malaysia, Tengok Gambar Pun Tak Tahan!
Masakan maggi sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menu ringkas yang senang
Resipi Biskut Raya Sarang Semut
Biskut sarang semut merupakansalah satu biskut kegemaran penulis dan juga merupakan biskut raya

Comments are closed.