5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!

Ais Krim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara

Tidak dapat dinafikan bahawa aiskrim bukan hanya disukai oleh kanak-kanak malahan menjadi kegilaan para remaja dan golongan dewasa.

Pada masa kini, anda boleh menikmati pelbagai jenis aiskrim dengan bermacam-macam perisa dan topping dari yang biasa sehingga ke saiz jumbo mengikut selera anda.

Salah satu keunikkan yang terdapat pada aiskrim ialah anda boleh memakannya pada bila-bila masa tanpa mengira mood ketika itu.

Pastinya, generasi 90-an mengingati aiskrim Malaysia, aiskrim pop dan aiskrim roti yang menjadi makanan sampingan ketika masih kanak-kanak?

Selain di Malaysia, anda juga boleh merasai aiskrim yang unik dan luar biasa jika ke luar negara. Sesekali melancong ke tempat asing, jangan lupa untuk mencuba sendiri makanan jalanan termasuklah aiskrim tradisional buatan mereka.

Buat pencinta aiskrim, penulis kongsikan 5 aiskrim unik yang perlu anda cuba jika ke luar negara. Check it out!

1. Dondurma – Turki

Dondurma Ais Krim Turki

Untuk pengetahuan para pembaca, Dondurma merupakan aiskrim tradisional Turki yang diperbuat daripada susu kambing, gula, salep (tepung yang dikisar daripada akar orkid liar) dan mastic. Bukan sahaja memiliki rasa yang bertekstur dan menyelerakan, penyajiannya sangat unik dan tersendiri. Ini kerana, para penjual Dondurma akan melakukan beberapa aksi ketika menyediakan aiskrim terlebih dahulu supaya dapat menghiburkan hati para pelanggannya. Menariknya, Dondurma ni sangat kental berbanding aiskrim biasa diluar sana dan tidak mudah meleleh. Buat anda yang ingin bercuti ke Turki dalam masa terdekat, jangan lupa untuk menikmati aiskrim ini.

2. I Tim Pad – Thailand

I Tim Pad Tradisional Ice Cream Thailand

Salah satu makanan jalanan yang perlu anda cuba jika ke Thailand adalah I Tim Pad. I Tim Pad atau aiskrim gulung ini sangat terkenal di negara gajah putih berkenaan terutamanya di kalangan para pelancong asing. Keunikkan aiskrim gulung ini disebabkan ianya digoreng nipis diatas kuali sejuk sebelum digulung seperti popia dan disajikan didalam bekas (cup) dengan beraneka topping seperti taburan biskut, jeli, kekacang atau buah-buahan diatasnya mengikut citarasa anda.

3. Hokey Pokey – New Zealand

Hokey Pokey Ice Cream New Zealand

Aiskrim dari New Zealand ini sangat kaya dengan rasanya kerana mengandungi bahan-bahan yang cukup unik. Realitinya, aiskrim Hokey Pokey ini sama seperti aiskrim perisa vanila yang selalu kita beli tetapi rasanya diperhebatkan lagi dengan campuran honeycomb atau sarang madu lebah. Meskipun resepi asli Hokey Pokey adalah aiskrim vanila yang diberi toffee atau campuran air gula yang dikaramelkan, namun Hokey Pokey dengan sarang madu lebah tetap menjadi pilihan orang ramai.

4. Spaghettieis – Jerman

Spaghettieis Ice Cream Jerman

Bagi penggemar Spageti, anda perlu mencuba pencuci mulut ini. Aiskrim tradisional Jerman ini dibuat khas semirip dengan spageti yang seringkali dimakan oleh anda sama ada dirumah atau di restoran. Paling menarik, spegetinya dibuat daripada aiskrim sundae perisa vanila, sos marimana digantikan dengan puri strawberry bersama krim putar serta keju Parmesan pula ditukar kepada kelapa parut. Untuk merasai Spagettieis ini, anda boleh mendapatinya di seluruh kawasan di Jerman. Menarik bukan!

5. Aiskrim Mochi – Jepun

Aiskrim Mochi Di Jepun

Mochi adalah kuih tradisional Jepun yang diperbuat daripada tepung pulut dan diisikan kacang merah. Sementara itu, aiskrim Mochi pula dihasilkan menerusi aiskrim pelbagai perisa seperti coklat, vanila, durian atau mangga yang diisikan ke dalam Mochi. Teksturnya yang kenyal dan lembut, membuat sesiapa sahaja menyukainya aiskrim ini.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aiskrim jepun #aiskrim jerman #aiskrim new zealand #aiskrim thailand #aiskrim turki #Aiskrim Unik Buatan Luar Negara #Aiskrim Unik Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara #Images for aiskrim luar negara

Lemah Tenaga Batin, Mati Pucuk. Ini Punca & Petanda Awal Wajib Lelaki Ketahui!
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang
Senarai Barangan Yang Dilarang Dalam Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Terdapat peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh para penumpang pesawat, termasuk antaranya peraturan mengenai benda-benda
Kelebihan Menderma Darah, Ini Manfaat Yang Patut Anda Tahu!
Menderma darah adalah amalan yang mulia, ia dikira sebagai sedekah. Pernahkan anda menderma
Tips Mendapatkan Kulit Cerah & Mulus Secara Semulajadi
Kulit yang cerah dan putih sering dikaitkan dengan kecantikan. Kebanyakan orang terutamanya wanita

Comments are closed.