5 Jenama Popular Dunia Ini Punyai Maksud Tersembunyi!

Disebalik Jenama Popular

Setiap produk atau barangan yang dihasilkan di dunia ini mempunyai logonya tersendiri.

Logo ini bertujuan untuk membuatkan sesuatu jenama mudah dikenali pengguna sekaligus memberi perbezaan kepada jenama yang lain.

Menariknya, setiap butiran yang terdapat pada logo mempunyai maksud yang tertentu sesuai dengan matlamat sesebuah syarikat atau pengeluar.

Tidak kecuali lima jenama popular dunia ini. Nak tahu apa maksud tersembunyi yang terdapat pada logo jenama-jenama ini, jom kita semak artikel dibawah!

1. Amazon.com

amazon_logo-brand 5 Jenama Popular Dunia Ini Punyai Maksud Tersembunyi!

Untuk pengetahuan para pembaca, Amazon.com merupakan sebuah portal membeli-belah secara atas talian (online) terkenal di dunia sejak tahun 1995. Jika diperhatikan secara langsung, pasti anda akan melihat anak panah berwarna jingga mirip seperti sedang tersenyum. Ini kerana, matlamat para pekerja Amazon.com adalah membuat para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang dijalankan oleh mereka. Di samping itu, anak panah yang menunjukkan arah bermula dari huruf A hingga Z membawa maksud tersendiri dimana perusahaan ini menjual semua produk secara lengkap untuk para pelanggan.

2. Baskins Robbins

Baskin-Robbins_brand.svg_ 5 Jenama Popular Dunia Ini Punyai Maksud Tersembunyi!

Siapa yang tidak suka memakan aiskrim, lebih-lebih lagi jika berjenama Baskins Robbins. Walaupun harga sedikit mahal, namun orang ramai tetap membelinya untuk dinikmati bersama orang tersayang. Berdasarkan logo jenamanya, terdapat angka 31 pada bahagian berwarna merah jambu di sebalik huruf BR. Angka berkenaan menerangkan bahawa Baskins Robbins mempunyai pelbagai perisa aiskrim yang berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara perisa aiskrim Baskins Robbins yang popular adalah Triple Chocolate, Chocolate Chip, Strawberry Cheesecake, Red Velvet dan Jamoca Almond Fudge.

3. Wendy’s

Wendys-Logo-brand-e1502286518856 5 Jenama Popular Dunia Ini Punyai Maksud Tersembunyi!

Diasaskan oleh Dave Thomas pada 1969, Wendy’s kini semakin berkembang pesat dan menjadi salah satu rangkaian restoran makanan segera popular di seluruh dunia. Menerusi logo rasminya, Wendy’s menampilkan gambar seorang perempuan berambut merah yang berwajah ceria. Sekilas pandang, terdapat perkataan MOM yang tertera pada kolar baju perempuan tersebut. Penggunaan kata MOM menunjukkan bahawa seluruh makanan yang disediakan di restoran ini mempunyai cita rasa seperti masakan ibu di rumah.

4. Hyundai

Hyundai-symbol-e1502286493992 5 Jenama Popular Dunia Ini Punyai Maksud Tersembunyi!

Hyundai adalah syarikat automotif terkemuka dari Korea Selatan yang mengeluarkan kereta dan motosikal. Sekali pandang, logo jenama ini cuma sekadar mewakili huruf pertama jenama berkenaan iaitu H sahaja. Realitinya, huruf H ini melambangkan dua manusia iaitu wakil pekerja Hyundai dan pelanggan sedang berjabat tangan antara satu sama lain.

5. BMW

BMW-logo- 5 Jenama Popular Dunia Ini Punyai Maksud Tersembunyi!

Seperti yang anda ketahui, BMW mempunyai sejarah dalam bidang penerbangan satu masa dahulu. Warna biru dan putih yang terdapat pada logo jenama automotif ini membawa maksud kipas yang berputar pada kapal terbang. Selain itu, ramai yang beranggapan bahawa warna biru dan putih adalah berasal dari warna bendera Bavaria iaitu salah satu daerah yang terdapat di Jerman dimana tempat asal jenama ini.

azlan-150x150 5 Jenama Popular Dunia Ini Punyai Maksud Tersembunyi!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #baskin robbins #BMW #hyundai #Logo Jenama Popular Dunia #Maksud Tersembunyi Pada Logo Jenama Popular Dunia #wendy's

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.