Petua Didik Anak Degil, Tidak Mendengar Kata

Petua Didik Anak Degil

Sebagai ibubapa, kita tidak digalakkan untuk merotan anak sebelum mereka mencapai usia 7 tahun, mereka juga harus dilayan seperti seorang raja dan menuruti segala permintaan mereka yang berpatutan. Anak adalah satu anugerah yang seharusnya kita cintai dan kita sayangi, namun ada begitu banyak cara yang tepat dalam mencintai anak dan menyayangi mereka terutama dalam hal pendidikan pada peringkat awal.

Seringkali ibubapa mengalami masalah dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal perkembangan mereka. Mereka seringkali tidak memahami arahan, tidak melakukan apa yang kita kehendaki, tidak mendengar nasihat malah kadangkala mereka menolak perintah begitu sahaja.

Walaupun rumit sekalipun masalah, sudah pasti ada penyelesaian. Tidaklah salah sekiranya kita mencuba petua ini agar mendidik anak-anak pada peringkat awal tidak menjadi masalah kepada kita. Tahukah anda bahawa tangan ibubapa mempunyai auranya tersendiri, maka gunakanlah sebaik-baiknya. Cara-caranya adalah seperti berikut;

  • Pada setiap pagi amalkan petua ini, sebelum mereka pergi sekolah, anda hendaklah berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.
  • Kemudian, letakkan kedua-dua belah telapak tangan anda (ibu atau ayah) yang dirapatkan di atas kepala anak tanpa sentuh kepala mereka lebih kurang 1 inci daripada kepala.
  • Bacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Insyirah.
  • Niatlah di dalam hati memohon pada Allah : “Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya”.
  • Setelah selesai, kucup dahi anak anda dan biarkan dia pergi ke sekolah.
logo-150x150 Petua Didik Anak Degil, Tidak Mendengar Kata

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Petua Didik Anak Degil, Tidak Mendengar Kata

Loading...

Tags: #anak keras kepala #anak tak dengar kata #cara ajar anak degil #cara ajar anak keras kepala #cara ajar anak tak dengar kata #cara didik anak nakal #petua didik anak degil #petua didik anak tak dengar kata

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Petua Didik Anak Degil, Tidak Mendengar Kata"