Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya

Buah Mulberry

Tujuan asal penanaman pokok mulberi

Pokok mulberi memang terkenal sebagai pokok yang digunakan bagi perusahaan sutera. Ia ditanam bagi tujuan untuk membiakan ulat sutera. Pokok amat mudah ditanam di halaman rumah. Warna buahnya adalah merah dan menjadi kehitaman apabila masak. Rasa buah Mulberry di tempatan adalah masam manis seakan-akan buah strawberry.

Nama Saintifik : Morus nigra. L.

Khasiat : Mengandungi dua bahan antioxidant penting iaitu :

  • Resveretrol dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.
  • Anthocynin dapat mengurangkan risiko kanser.

Teknik menanam pokok mulberi

Terdapat dua kaedah penanam pokok Mulberry ini iaitu melalui kaedah tut dan kaedah keratan batang.

Cara menanam menggunakan kaedah keratan batang adalah dengan memacak keratan batang tersebut ke dalam polibag yang disiram dengan air. Manakala cara tanaman menggunakan kaedah tut ialah mengambil keratan yang telah ditut pada pokok asal (apabila tempoh tut selesai, tumbuh akar), dan terus menanamnya ke dalam pasu besar atau terus ke atas tanah.

Harus diingatkan bahawa penanaman pada peringkat semaian harus diletakkan anak semaian ini dikawasan teduh dan terlindung daripada sinaran matahari secara terus. Pastikan anak semaian disiram dengan secukupnya.

Buah mulberi yang masak boleh juga dijadikan sebagai pembuka juadah waktu pagi dengan menjadikannya sebagai jem roti juga sebagai tambahan pemanis dan perasa dalam kek dan kuih.

Khasiat daun pokok mulberi adalah seperti berikut :

  • Mencegah penyakit kencing manis atau Diabetes.
  • Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam darah.
  • Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi dan menghindarkan penyakit Stroke.
  • Membantu mengelakkan serangan jantung.
  • Membantu dalam kehilangan berat badan.
  • Mengurangkan keadaan asma yang teruk.
  • Melambatkan proses penuaan kulit dan mencantikkan wajah.
  • Mengandungi kalsium yang tinggi dan menjaga kekuatan tulang.
  • Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan.
  • Mengurangkan sakit sengugut pada wanita ketika kedatangan haid.
  •    
  • Mencegah penyakit sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi.
  • Memiliki semua asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh tubuh badan.
  • Sebagai antioksidan dan membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser.

Buah Mulberry

Pokok Mulberry Di Malaysia Buah Mulberi Yang Dipetik Buah Mulberi Masak  Pokok Mulberi Jem Mulberi Masak Buah Mulberi

Carian Berkaitan

pokok mulberi, pokok mulberry, pokok mulberry dalam pasu, buah mulberry di malaysia, pokok malbery, mulbery malaysia, cara tanam mulberi

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara buat sajian dengan buah mulberi #cara tanam pokok mulberi #gambar buah mulberi #gambar pokok mulberi #kandungan mulberi #khasiat mulberi #melberi di malaysia #rasa buah mulberi #teknik tanam mulberi

Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia, Anda Mampu Mengubahnya!
Di waktu harga petrol naik RM0.20, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menjimatkan penggunaan
Kadar Harga Tiket MRT Malaysia Dari Sungai Buloh Ke Kajang 2017
Kadar Tambang MRT Sungai Buloh – Kajang tahun 2017 Perkhidmatan ini menawarkan diskaun
Mengenal Jam Tangan Casio G-Shock Yang Original, Model Dan Keluarannya
Pada masa kini, trending memakai `jam getah’ jenama terkenal Casio telah menjadi kegilaan
Cara Menyelesaikan Masalah Sinki Dan Paip Tersumbat Paling Berkesan
Kebiasaannya keadaan sambungan paip dibawah sinki adalah berbentuk U atau pun T. Kawasan

Comments are closed.