Baca Tips Ini Kalau Nak Kurus Dan Sihat

Teh halia lemon madu plus

Pada permulaan hari, amalkan dengan meminum segelas teh halia lemon. Minuman ini amat baik diamalkan pada setiap pagi kerana ia dapat mendorong badan anda meningkatkan metabolisme dan sistem imunisasi. Penyediaannya adalah sangat mudah.

Bahan-bahan :

  • Halia
  • Lemon
  • Teh hijau
  • Madu

Cara-caranya :

  • Dapatkan 1 inci halia dan bersihkan.
  • Ketukkan halia tadi, kemudian rendamkannya ke dalam 1 gelas air panas yang telah direndam uncang teh hijau.
  • Biarkan sehingga 5 minit.
  • Selepas itu, dapatkan sebiji lemon dan potong (cukup untuk segelas minuman).
  • Perahkan lemon tadi ke dalam gelas tadi dan tambahkan madu sebagai pemanis.

Tips dan cara pengambilan makanan seharian

Bagi mereka yang ingin memiliki tubuh yang kekal sihat dan kurus, beberapa tips ringkas cara pengambilan makanan seharian dapat membantu anda. Antaranya ialah seperti berikut;

  • Kurangkan pengambilan makanan bergula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, fast food (KFC, McD, Pizza) dan makanan proses (daging burger, nugget, kentang goreng).
  • Makan daripada sumber semulajadi sahaja. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Makan dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbohidrat. Lebihkan sayur-sayuran.
  • Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik.
  • Perlu faham bahawa diet itu bukan berlapar. Tetapi cara menguruskan makanan anda.
  • Lupakan terus minuman bergas atau berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

Carian Berkaitan

cara mukhriz kurus

Artikel Berkaitan

Tags: #cara nak sihat dan kurus #cara pemakanan harian #macam mana nak kurus? #minuman untuk sihat #resepi teh halia lemon

Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki
Kalenjar prostat Prostat adalah kelenjar kecil di pelvis lelaki yang merupakan sebahagian daripada
Makanan Eksotik Paling Seram Dalam Dunia
Mungkin pada zaman dahulu, makan makanan yang pelik atau lebih dikenali sebagai hidangan
Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita
Tanda awal kehamilan bagi wanita Kitaran haid menjadi lambat daripada biasa Payudara membengkak
Ketahui Tanda Awal Kanser Payudara
Tanda barah payudara Pesakit menyedari kehadiran penyakit ini dengan berlaku ketulan ketumbuhan, pengeluaran cecair

Comments are closed.