Kenapa Mesti Tanam Pokok Pandan Di Rumah?

Daun Pandan

Pengenalan Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius)

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang mudah ditanam di negara kita. Daunnya banyak digunakan dalam masakan dan juga untuk dijadikan bunga rampai dalam majlis rasmi masyarakat Melayu. Oleh kerana begitu banyak kegunaannya. Sangatlah rugi sekiranya anda tidak menanamnya di rumah. Kaedah tanaman boleh dilakukan di dalam pasu atau bekas sesuai. Ia mudah tumbuh dan tidak perlu penjagaan rapi. Selain daripada kegunaan daun pandan yang disebutkan di atas, sebenarnya banyak lagi  khasiat atau kegunaan daun pandan yang kita tidak ketahui.

Antaranya adalah seperti berikut :

  • Menurunkan tekanan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.

  • Matikan kuman dalam badan

Amalan minum air rebusan daun pandan yang kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

  • Melembutkan daging dalam masakan

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

  • Melambatkan makanan menjadi basi

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

  • Mencantikkan dan melicinkan kulit

Lipat dan perahkan beberapa helai daun pandan dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

  • Menghilangkan bau busuk dalam kenderaan dan ruang tertutup

Ikat atau potong daun pandan secukupnya dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah. Ia juga berkesan sebagai penghalau lipas

  • Mengecutkan rahim wanita selepas bersalin

Ambil akarnya dan direbus. Air rebusan itu diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

Pokok Pandan

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius)

Loading...

Tags: #daun pandan #daun pandan dalam masakan #hilang bau hanyir dalam kereta #kegunaan daun pandan #kelebihan daun pandan #khasiat daun pandan #khasiat daun pandan untuk kencing manis #khasiat daun pandan untuk kolesterol #khasiat minum air rebusan daun pandan #manfaat daun pandan untuk miss v #pokok pandan berlian #tanam pokok pandan

Masalah Cepat Pancut! Ini Cara Supaya Tahan Lama Ketika ‘Bersama’
Masalah ejakulasi pramatang terjadi apabila seseorang lelaki mengalami rangsangan dan ejakulasi terlalu awal (sebelum
Rahsia Kuatkan Tenaga Batin Lelaki, Doa & Petua Urutan!
Menurut pengamal perubatan tradisional, di dalam tubuh badan manusia terdapat lenih 300 sendi
Senaman Ringkas Mendapatkan Perut Flat Dengan Cepat!
Selain menjaga pemakanan, bersenam dan melakukan aktiviti kardio dapat membantu anda untuk mendapatkan
Senarai Makanan Sunnah & Kelebihannya!
Menjaga pemakanan sangat penting untuk satu organ yang sangat penting iaitu otak. Mengapa

Comments are closed.