Anugerah Juara Lagu 32 (AJL), Ini Fakta Menarik Buat Tatapan Pembaca!

Fakta Menarik Tentang Anugerah Juara Lagu (AJL)!

Demam Anugerah Juara Lagu (AJL) kini kembali! Bakal bersiaran pada 11 Februari 2018 (Ahad) nanti, AJL 32 yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil menampilkan gandingan selebriti ternama tanah air, Sherry Al Hadad dan Alif Satar selaku pengacara program.

Sebanyak 12 lagu dipertandingkan di pentas kemuncak AJL 32 iaitu Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah, Jampi (Hael Husaini), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Sejati (Azmi Saat), Bayang (Khai Bahar), Menahan Rindu (Wani Hasrita), Lebih Sempurna (Syamel), Warkah Untuk Mu (Ara Johari), Amboi (Altimet), Aku Yang Sebenar (Hazama & The Penglipur Lara), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri) & Akhirnya Cinta (Salma).

Pastinya anda tidak sabar-sabar menonton persembahan para finalis kegemaran dan mengetahui keputusan siapakah yang menggondol gelaran juara AJL pada kali ini.

Acara berpretij ini juga akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran TV3 mulai 9.00 malam.

Dalam menghangatkan lagi bahang pertandingan tersebut, penulis senarai beberapa fakta menarik tentang AJL buat tatapan para pembaca di luar sana. Take a look!

1. Pengacara

Sejak diperkenalkan mulai 1986, AJL telah dikendalikan oleh ramai selebriti popular dan hebat tanah air seperti Fauziah Ahmad Daud, Dato’ Aznil Nawawi, Azwan Ali, Sarimah Ibrahim, Intan Suraya, Aidiel Abu Ghaffar, Shamsul Ghau Ghau, Salih Yaacob, Cheryl Samad, Fara Fauzana, Faizal Ismail, Ally Iskandar, AG Selamat, Scha Al Yahya, Awal Ashaari dan Fizie Hot.FM. Paling menarik, Azwan Ali dan Cheryl merupakan hos paling banyak mengemudikan pentas AJL iaitu sebanyak enam kali.

2. Lokasi

Antara lokasi kemuncak AJL yang sering kali digunakan oleh pihak produksi adalah Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Stadium Putra Bukit Jalil, Dewan San Choo di Wisma MCA, Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Stadium Malawati di Shah Alam dan Auditorium Perdana Angkasapuri RTM. Stadium Bukit Jalil menjadi lokasi kemuncak AJL paling kerap digunakan oleh pihak produksi iaitu sebanyak 13 kali sepanjang 32 tahun penganjurannya.

3. Juara AJL Paling Banyak

Jeng jeng jeng! Juara AJL paling banyak disandang oleh diva kesayangan kita semua iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ M.Nasir iaitu sebanyak tiga kali. Anak jati Kuala Lipis, Pahang ini memenangi AJL 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan, Cindai (AJL 1998) dan Balqis (AJL 2000). Sementara itu, ‘sifu’ menjuarai AJL 1994 menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud, Ghazal Untuk Rabiah (AJL 1997) dan Andalusia (AJL 1999).

4. Penyanyi Gantian

Penyanyi asal digantikan dengan penyanyi gantian bukanlah suatu yang baharu di pentas AJL. Antaranya adalah Terukir Di Bintang (penyanyi asal: Yuna/penyanyi gantian: Aizat Amdan/AJL 2012), Sedetik Lebih (penyanyi asal: Anuar Zain/penyanyi gantian: Jaclyn Victor/AJL 2011), Kasih Tercipta (penyanyi asal: Faizal Tahir/penyanyi gantian: Bob Yusof/AJL 2007), Candak (penyanyi asal: Syura/penyanyi gantian: Siti Nordiana/AJL 2006) serta Kau dan Aku (penyanyi asal: Ning Baizura/penyanyi gantian: Kool/AJL 1995).

5. Anugerah Vokal Terbaik Paling Banyak

Anugerah Vokal Terbaik pertama kali diperkenalkan di pentas AJL 2002. Sejak 15 tahun dipertandingkan, terdapat dua penyanyi telah berjaya memenanginya sebanyak tiga kali iaitu Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip. ‘Beyonce Malaysia’ ini telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu Lelaki Teragung di AJL 2016, Tak Pernah Menyerah (AJL 2015) dan Di Pintu Syurga (AJL 2014). Sementara itu, bintang kelahiran Akademi Fantasia ini membawa pulang anugerah berkenaan menerusi lagu Ku Akui (AJL 2012), Awan Nano (2011) dan Noktah Cinta (2010).

6. Tema

Dalam memeriahkan lagi acara berprestij berkenaan, pihak produksi turut mengetengahkan pelbagai tema menarik dalam merancakkan pentas kemuncak AJL sepanjang tahun buat tontonan para peminat setia dan penggiat seni tempatan. Pada tahun ini, pihak produksi memilih Fesyen dan Muzik sebagai tema AJL 2017. Di samping itu, pihak produksi turut menggunakan tema seperti Cerita Dalam Lagu di pentas AJL 2016, 3 Dekad Mencipta Fenomena (AJL 2015), Gema Dalam Muzik (AJL 2014), Game On (AJL 2013 dan Ekspresi Seni (AJL 2012).

azlan-150x150 Anugerah Juara Lagu 32 (AJL), Ini Fakta Menarik Buat Tatapan Pembaca!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #ajl 2018 #ajl 32 #anugerah juara lagu #Anugerah Vokal Terbaik Paling Banyak AJL #Fakta Anugerah Juara Lagu #Fakta Disebalik Anugerah Juara Lagu #Fakta Menarik AJL #Info Anugerah Juara Lagu #Juara AJL Paling Banyak #juara lagu 2018 #lokasi AJL #pengacara AJL #Penyanyi Gantian dalam AJL #peserta AJL 32 #tema AJL #Trivia Menarik AJL #Trivia Menarik Anugerah Juara Lagu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.