Biodata Bob Yusof, Bintang AF Megastar 2017 Kelahiran Sarawak

Biodata Bob Yusof, Bintang AF Megastar 2017 Kelahiran Sarawak

Lagu Cinta Terhalang dan Cinta Seorang Teman sedikit sebanyak mengangkat nama Yusrizan Ucop atau lebih dikenali sebagai Bob Yusof di lapangan seni hiburan tanah air.

Bintang kelahiran program Akademi Fantasia (AF) 2 ini bukan sahaja memiliki suara yang merdu bak buluh perindu malah berbakat besar dalam dunia lakonan satu masa dahulu.

Walaupun kurang mendapat publisiti daripada media cetak, elektronik dan digital, anak kelahiran Sarawak ini masih lagi aktif dengan persembahan dan undangan nyanyian di luar.

Terkini, jejaka berusia 36 tahun ini berentap di pentas AF Megastar 2017 bersama-sama bekas peserta AF terdahulu yang disiarkan secara langsung di Astro Ria pada setiap Ahad bermula 9.00 malam.

Apa tunggu lagi, jom semak biodata dan trivia menarik penyanyi yang popular dengan trademark mesra ini.

Biodata Ringkas Bob Yusof

Nama Penuh: Yusrizan Ucop
Nama Komersil: Bob Yusof/Bob AF2
Tarikh Lahir: 30 Julai 1981
Umur: 36 Tahun (2017)
Zodiak: Leo
Asal: Limbang, Sarawak
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Cinta Seorang Teman, Cinta Terhalang, Armada, Yang Bertahta, Jangan Jangan, Kurnia (duet bersama Fazli Zainal), Rintihan (duet bersama The Familyman), Aku Percaya (duet bersama Aidil), Sinar Menunggu, Hantaran Hati (duet bersama Allahyarhamah Rosiah Chik) dan banyak lagi.

Drama/Telefilem/Filem: Tipah Vavavoom, Hotel Mania, Anak Iban United & Cinta Kura-Kura.

Laman Media Sosial Bob Yusof

Trivia Menarik Bob Yusof

  • Sebelum menyertai AF Megastar 2017, Bob mengalami kerosakan pita suara sejak Disember tahun lalu dan terpaksa berehat daripada menyanyi kira-kira 6 bulan.
  • Menyanyikan lagu tema sambutan hari kebangsaan negara ke-57 (2014) berjudul Di Sini Lahir Sebuah Cinta.
  • Turut menyertai program nyanyian Super Karoks Kool.FM 2017 bersama Syura Badron menerusi kumpulan Gitewlaa dan meraih tempat keempat dalam program tersebut.
  • Pernah mengantikan Faizal Tahir di Anugerah Juara Lagu 2007 menerusi lagu Kasih Tercipta.
  • Bobbastic Squads merupakan nama kelab peminat Bob Yusof.
  • Menjalankan bisnes produk minuman malt coklat Reevo dan produk penyehar wajah berjenama Makayla.
  • Pernah menjadi juri dan tenaga pengajar program mencari bakat Worldstar Road To Hollywood 2016.
  • Memiliki lebih 20,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto  Menarik Bob Yusof

Biodata-Ringkas-Bob-Yusof-af-megastar-300x300 Biodata Bob Yusof, Bintang AF Megastar 2017 Kelahiran Sarawak Biodata-Ringkas-Bob-Yusof-300x300 Biodata Bob Yusof, Bintang AF Megastar 2017 Kelahiran Sarawak gambar-Bob-Yusof-300x300 Biodata Bob Yusof, Bintang AF Megastar 2017 Kelahiran Sarawak wajah-Bob-Yusof-300x300 Biodata Bob Yusof, Bintang AF Megastar 2017 Kelahiran Sarawak

azlan-150x150 Biodata Bob Yusof, Bintang AF Megastar 2017 Kelahiran Sarawak

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #AF Megastar 2017 #Biodata Bob Yusof #bob af biodata #Bob AF2 #Bob Yusof #Bob Yusof AF Megastar 2017 #Kenali Bob Yusof

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.