Cara Hilangkan Hidung Tersumbat Supaya Mudah Untuk Bernafas

Hidung Tersumbat

Hidung tersumbat pasti akan membuat kita berasa tidak selesa. Selain menjengkelkan, hidung tersumbat juga membuatkan kita sukar untuk bernafas. Ada beberapa punca yang menyebabkan hidung tersumbat, sama ada berlaku secara sementara atau sebagai gejala penyakit yang kronik. Hidung tersumbat dapat disebabkan oleh cuaca dingin, jangkitan, alergi, atau masalah kesihatan lain. Walaupun terdapat ubat-ubatan yang boleh diambil, terdapat banyak cara untuk menghilangkan hidung tersumbat tanpa penggunaan ubat-ubatan. Antaranya ialah seperti di bawah.

  1. Mandi air panas atau sedut wap panas

Mandi air panas mampu membantu mengatasi masalah hidung tersumbat. Wap dari air dapat menembus hidung dan melegakannya. Mandi atau berdirilah di bawah pancuran air panas selama 10 hingga 20 minit, dengan suhu air terhangat yang mampu anda tahan. Bernafaslah dalam-dalam agar paru-paru dan rongga hidung terisi dengan wap.

Sebagai alternatif, anda boleh mencondongkan kepala ke arah bekas berisi air panas dan tutup bahagian belakang kepala dengan kain untuk menahan wap. Tambahkan beberapa titis minyak eucalyptus (kayu putih) ke dalam air panas. Minyak eucalyptus memiliki zat-zat penenang yang membantu meredakan hidung tersumbat.

  1. Keluarkan lendir dari setiap lubang hidung

Caranya, tutup satu lubang hidung dengan ibu jari, hembuskan nafas dengan kuat melalui lubang hidung yang yang tidak ditutup. Kemudian beralihlah ke lubang hidung yang lain. Langkah ini dapat mengeluarkan lendir lebih efektif dibandingkan ketika anda mengeluarkan lendir hidung dalam cara tidak menutup salah satu lubang hidung. Pastikan anda mencuci tangan setelah mengeluarkan lendir dari hidung.

  1. Bersihkan lubang hidung dengan larutan garam.

Campurkan setengah sudu besar garam dan setengah sudu besar serbuk soda dengan 240 mililiter air suling pada suhu bilik. Kacau sehingga garam larut dalam air. Kemudian dongakkan kepala anda ke atas, titiskan beberapa air garam tadi ke dalam salah satu lubang hidung. Biarkan larutan itu turun ke bahagian dalam rongga kepala, kemudian keluarkan kembali. Ulangi pada lubang hidung yang lain.

Sebagai alternatif, anda juga boleh berkumur dengan air garam. Masukkan garam ke dalam air suam dan kacau hingga garam melarut. Berkumurlah beberapa kali dengan larutan tersebut. Ini adalah satu cara untuk mengalirkan lendir dan membuka sumbatan pada hidung.

  1. Tuam kawasan hidung

Caranya, panaskan air dan kemudian basahkan satu tuala kecil dengan air panas. Tekap kawasan batang hidung anda dengan tuala kecil beberapa kali dalam 10 hingga 15 minit hingga anda kembali dapat bernafas dengan lancar. Elakkan menekap hidung pada kawasan laluan udara.

  1. Minum banyak air agar cairan tubuh tetap terjaga

Untuk mengurangkan lendir dalam rongga hidung, pastikan cairan tubuh anda terjaga. Minumlah banyak air, jus, minuman isotonik, atau teh sepanjang hari dengan kadar minimal 8 gelas sehari. Minuman yang sesuai untuk meredakan hidung tersumbat, antaranya adalah campuran air panas, limau dan madu. Minuman panas juga dapat meredakan sakit kepala yang muncul akibat hidung tersumbat.

  1. Vicks VapoRub dan minyak peppermint

Rasa menthol, mint dan eucalyptus dalam produk Vicks VapoRub dapat mmeberi kelegaan pada hidung yang tersumbat. Sapu sedikit jel Vicks Vapo Rub pada tisu dan hidu beberapa minit untuk melegakan sumbatan pada hidung. Ataupun, tuang setitik minyak peppermint pada jari anda, calitkan di bawah hidung berdekatan kawasan lubang hidung.

  1. Makanan pedas

Mengambil makanan panas adalah cara terbaik untuk melegakan hidung tersumbat. Rasa pedas dari makanan akan membuat lendir mengalir keluar dengan sendirinya.

  1. Teh herbal panas dan sup ayam

Teh herbal adalah penawar yang baik untuk mengatasi hidung tersumbat. Wap yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan akan membantu menenangkan gangguan di saluran hidung. Teh herbal juga digunakan untuk mengurangkankan lendir.

Semangkuk supa ayam panas adalah cara terbaik untuk membuka hidung yang tersumbat. Sup ayam panas meredakan sumbatan pada hidung dan membantu membebaskan lendir.

  1. Hindari produk susu ketika mengalami hidung tersumbat

Sesetengah orang akan mengalami masalah hidung tersumbat yang lebih parah apabila mengambil susu. Meskipun tidak ada bukti untuk mendukung pendapat bahawa produk tenusu mampu menyebabkan hidung tersumbat, lebih baik jika anda mengambil langkah pencegahan dengan menghindari susu, keju, dan produk olahan susu lain ketika mengalami hidung tersumbat.

  1. Posisi kepala ketika tidur

Tinggikan kepala ketika tidur dengan bantal tambahan. Ini akan memudahkan lendir yang terkumpul dalam hidung untuk keluar. Selain itu, cara ini juga cukup efektif untuk membuat waktu tidur anda tidak terganggu kerana kesukaran bernafas.

Rujukan :
https://id.wikihow.com
http://www.lubukmaklumat.com
https://www.merdeka.com
Loading...

Tags: #cara hilangkan hidung tersumbat #cara melegakan hidung tersumbat #cara mengatasi hidung tersumbat #Cara Mengatasi Hidung Tersumbat dan Susah Bernafas #cara mengatasi hidung tersumbat pada anak #cara mengatasi hidung tersumbat sebelah #Cara Mengatasi Hidung Tersumbat tanpa ubat #cara merawat hidung tersumbat #cara tradisional mengatasi hidung tersumbat #Cara untuk Menghilangkan Hidung Tersumbat dengan Cepat #elak hidung tersumbat #hidung mampet berkepanjangan #hidung tersumbat #hidung tersumbat susah bernafas #Hilangkan Hidung Tersumbat #petua hidung tersumbat selsema #Petua Hilangkan Hidung Tersumbat #punca hidung tersumbat #sukar bernafas kerana hidung tersumbat #ubat hidung tersumbat

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.