Biodata Dottie, Aktres Comel Drama Titian Cinta

Biodata Dottie, Kawan Aisy Dalam Drama Titian Cinta

Sedar atau tidak, wanita bernama Nur Syuhaida Abdul Razak atau lebih akrab disapa sebagai Dottie ini sudah 7 tahun bergelar seorang anak wayang.

Meskipun perjalanan kariernya kelihatan tenggelam-timpul, figura ‘comel’ ini masih aktif berlakon secara sepenuh masa selain menjadi model plus size untuk beberapa jenama baju wanita berbadan gempal.

Anak jati Perak ini mula dikenali peminat tempatan selepas membintangi drama sulungnya berjudul Dottie yang telah ditayangkan di Astro Ria pada 2010 bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad.

Dalam perkembangan terkini, aktres ini muncul dengan buah tangan terbaharunya iaitu drama bersiri Titian Cinta berkolaborasi bersama Farah Nabilah dan Zul Ariffin yang sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan wanita berbintang Cancer yang kelakar dan peramah ini.

Biodata Ringkas Dottie

Nama Penuh: Nur Syuhaida Abd Razak
Nama Komersil: Dottie
Tarikh Lahir: 8 Julai 1988
Umur: 29 Tahun (2017)
Zodiak: Cancer
Asal: Taiping, Perak
Adik Beradik: Anak sulung daripada lima beradik
Kerjaya: Pelakon & Model Plus Size
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Titian Cinta, Memori Cinta Suraya, Mek Gyver, Rindu Yang Tertunda, Wanita Terindah, Si Montel, Dottie, 3 Gadis Manis, Jodoh Ayam Golek Tergolek, Cinta Buta, Nak Kahwin Lagi, Ahmad Albob Yang Punya, Anakku Ghazali, Risik-O, Joyah Dulu Susah Sekarang Alhamdulilah, Bila Joyah Masuk TV, Joyah Tak Balik Malam Raya, Hero Bola dan banyak lagi.

Filem: Surf This Love, Pilot Cafe, Hantu Bonceng, Pada Suatu Cinta Dahulu dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Dottie

Trivia Menarik Dottie

  • Merupakan graduan diploma jurusan Teknologi Multimedia, Kolej Multimedia Kuala Lumpur.
  • Dottie kini bernaung dibawah label pengurusan Global Solution Resources (GSR)
  • Abidah Noor dan Elly Suriati merupakan idola Dottie dalam bidang seni.
  • Berat badannya pernah menyampai 90 kg pada satu ketika dahulu sehingga seringkali mengalami sakit lutut.
  • Mengimpikan membawa watak air mata berbanding komedi yang selalu dilakonkannya.
  • Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan hati bernama Mohd Haffis Abu Hassan pada 25 Disember 2016.
  • Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Aprol 2016.
  • Pernah tercalon top 5 kategori Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014.
  • Memiliki lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Dottie

Biodata Nur Syuhaida Abd Razak Gambar Dottie Titian Cinta Kawan Aisy Dalam Drama Titian Cinta Nur Syuhaida Abd Razak, Dottie

Carian Berkaitan: biodata dottie, dottie pelakon, dottie pelakon malaysia, syuhaida abraz, syuhaida abraz biodata

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Dottie #Biodata Dottie Pelakon Drama Titian Cinta #Dottie Aktres Comel Drama Titian Cinta #dottie dah kurus #dottie drama #dottie kahwin #dottie malaysia #dottie pelakon #dottie pelakon malaysia #Dottie Syuhaida Abraz #drama titian cinta #kawan aisy dalam drama titian cinta #Kenali Dottie #Syuhaida Abraz

Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit
Aman Aziz merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop dan mula menceburi
Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih
Sarah Suhairi mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu cover song tempatan dan
Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu
Ariff Bahran merupakan penyanyi yang mula meningkat naik di Malaysia. Ariff Bahran mula dikenali setelah dalam
Biodata Sheryl Shazwanie, Penyanyi Lagu Perasaan
Adakah anda kenal Sheryl Shazwanie? Beliau merupakan seorang penyanyi muda yang kian naik

Comments are closed.