Kenali Fawa Nabila, Pelakon Cun Papa Ricky

Gambar Fawa Nabila Pelakon Model

Mengambil keputusan untuk mengejar ilmu di menara gading sedikit sebanyak menyuramkan pesona bintang bernama Fawa Nabila ini.

Selepas lebih empat tahun, figura cantik ini kembali mengetuk pintu industri seni tanah air dengan beberapa projek seninya.

Penangan drama bersiri lakonannya iaitu Papa Ricky yang telah ditayang di Astro Prima dan Astro Maya HD satu masa dahulu melonjakkan namanya sebagai anak wayang.

Ternyata, comeback anak jati Selangor ini tidak sia-sia kerana namanya mula meniti di bibir para peminat tempatan.

Jangan buang masa, jom semak trivia menarik mengenai Fawa Nabila ini.

1. Ingin dikenali sebagai Fawa Nabila

Sebelum dikenali dengan Fawa, si cantik molek ini menggunakan nama asalnya iaitu Farah Nabila sebagai nama pentas. Gelaran Fawa itu diperolehi daripada seorang rakannya yang pelat dan tidak boleh menyebut dengan betul namanya.

2. Mengundurkan diri dari dunia hiburan setika untuk fokus pada pelajaran

Baharu sahaja tamat pengajiannya selama empat tahun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti SEGi.

3. Pernah menjadi jurucakap kepada produk kecantikan dan kesihatan popular tempatan

Dinobatkan sebagai juara program Pencarian Wajah Aurawhite (PWA) 2015 dan dilantik menjadi jurucakap kepada produk berkenaan.

4. Mempunyai cara tersendiri dalam meningkat teknik dan mutu lakonannya

Demi belajar dan memperbaiki mutu lakonannya, Fawa suka menonton sekurang-kurangnya satu filem tanpa mengira genre setiap malam.

5. Turut mempunyai kelab peminat

Sama ada artis baru atau lama, mereka mempunyai kelab peminat tersendiri. Tidak kecuali, Fawa yang turut mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Fawaarriors dan mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Biodata Ringkas Fawa Nabila
Nama Penuh: Farah Nabila Saipuddin
Nama Komersil: Fawa Nabila
Tarikh Lahir: 10 Mac 1990
Umur: 25 Tahun (2017)
Asal: Selangor
Kerjaya: Pelakon dan model
Status: Bujang

Drama/Telefilem: Inikah Cinta, Papa Ricky, Ustaz Pink, Pucuk Muda Kerabu Taugeh, Mati Tunggu Sekejap, Tumbangkan Masjid Al Ansar, Tersuka Tanpa Sengaja Raya, Imam Mudaku Romantis dan banyak lagi.

Laman Sosial Fawa Nabila

Artis Fawa Nabila Fawa Nabila Berbaju Kurung Gambar Fawa Nabila Pelakon ModelFawa Nabila Bertudung Cantik Fawa Nabila Pakai Cap Fesyen Rambut Fawa Nabila Foto Muka Fawa Nabila Gambar Cantik Fawa Nabila Berhijab Gambar Selfie Fawa Nabila Kiss Fawa Nabila Pregnant Fawa Nabila Pelakon Drama

Carian Berkaitan

biodata fara, Farah nabilah pelakon papa ricky hot

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Farah Nabila #Biodata Fawa Nabila #Farah Nabila #Fawa Nabila #Fawa Nabila Papa Ricky #foto fawa nabila #gambar fawa nabila #Papa Ricky Astro #Trivia Menarik Fawa Nabila

Brooklyn Beckham, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Putera Sulung David & Victoria Beckham
Young, Handsome and Talented! Itulah tiga perkataan yang boleh penulis ungkapkan mengenai putera
5 Artis Popular Antarabangsa Ini Pernah Jadi Mangsa Buli! Siapakah Mereka?
Kehidupan sebagai seorang selebriti kelihatan sangat menyeronokkan dan mengasyikkan. Bukan sahaja dilimpahi cahaya
Raisa Kongsi 3 Tips Mudah Untuk Tampil Fit & Fresh
Bagi anda yang meminati lagu-lagu berentak Jazz & Soul, pastinya mengenali penyanyi bersuara
Adele, Ini Lima Trivia Menarik Tentang Dirinya!
Nama figura ini tidak perlu diperkenalkan lagi, sebut sahaja namanya pasti anda terbayang-bayang

Comments are closed.