Telefilem Berjudul Hanya Aku, Slot Cerekarama TV3

Telefilem Hanya Aku Cover

Telefilem berjudul Hanya Aku

Saksikan telefilem istimewa sempena Anugerah Juara Lagu Ke-31 bertajuk Hanya Aku. Telefilem ini mengisahkan Iqram dan Malik merupakan pasangan kembar yang telah terlibat dalam sebuah kemalangan di mana Malik meninggal dunia dan Iqram pula hilang ingatan. Bertahun-tahun Erin mencari suaminya yang tiba-tiba menghilangkan diri. Pada suatu hari, Erin berpindah ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan Iqram dan menyangka bahawa Iqram adalah Malik, walhal Iqram langsung tidak mengenalinya kerana dia hilang ingatan. Erin berasa amat sedih, namun berusaha untuk mengenali Iqram.

Kisah diilhamkan daripada lagu kumpulan Hyper Act ini dilakonkan oleh Amar Baharin, Tash Yong, Sabhi Saddi, Indah Emeerlda, Amirul Faqeem, Azar Azmi dan ramai lagi. Drama ini disiarkan pada hari Sabtu 24 Disember 2016 jam 9 malam menerusi slot Cerekarama TV3.

Ringkasan :
Judul : Hanya Aku
Waktu Siaran : Sabtu, 24 Disember 2016, 9.00 malam
Siaran : Slot Cerekarama TV3 (Istimewa AJL 31)
Skrip : PGRs Team (Rozie Rashid, Amka Ahmad)
Pengarah : Samsul Lizam
Terbitan : Primeworks Studios

hanya-aku-TV3-cerekarama-150x150 Telefilem Berjudul Hanya Aku, Slot Cerekarama TV3

logo-150x150 Telefilem Berjudul Hanya Aku, Slot Cerekarama TV3

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Telefilem Berjudul Hanya Aku, Slot Cerekarama TV3

Loading...

Tags: #gambar pelakon hanya aku tv3 #kisah ilham hyper act #pelakon hanya aku #sinopsis hanya aku tv3 #telefilem hanya aku tv3 #telefilem hyper act

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Telefilem Berjudul Hanya Aku, Slot Cerekarama TV3"