Ketahui Karakter Lelaki Idaman Anda Menerusi Minyak Wangi Yang Dipakai. Wanita Wajib Ambil Tahu!

Tips Minyak Wangi Lelaki

Ingin mengenali karakter dan personaliti diri lelaki idaman anda?

Jangan khuwatir! Anda boleh mengenalinya berdasarkan haruman minyak wangi yang dipakai sehari-sehari.

Apa tunggu lagi, jom baca artikel di bawah!

1. Aroma Sporty

Wangian jenis ini banyak menggunakan bahan-bahan dari rempah ratus dan buah-buahan seperti citrus dan musk. Bagi jejaka yang memakai minyak wangi beraroma Sporty ini adalah seorang berjiwa aktif, ceria, suka bersukan dan amalkan gaya hidup sihat. Antara wangian sporty yang popular seperti Dior Homme Sport dan L’Eau d’Issey Miyake Pour Homme Sport.

2. Aroma Floral

Selain wanita, golongan Adam turut menyukai parfum jenis floral atau bunga-bungaan. Jika membeli minyak wangi, aroma bunga mawar menjadi pilihan lelaki di luar sana. Kebiasaannya, lelaki yang memakai wangian jenis floral merupakan sosok yang percaya pada diri sendiri dan berfikiran terbuka. Terdapat banyak haruman floral buat jejaka dijual dipasaran antaranya Papillon Tobaco Rose dan Dior Homme.

3. Aroma Woody

Aroma woody atau kayu-kayuan merupakan salah satu haruman kesukaan para lelaki masa kini. Ini kerana, wangian ini menyerlahkan lagi sisi maskulin dan kematangan seseorang lelaki di mata wanita. Gucci Pour Homme, Davidoff Horizon, Bvlgari Men In Black dan Terre d’Hermes adalah sebahagian perfume wood yang popular di dunia.

4. Aroma Oriental

Gabungan sempurna fruity dan woody menciptakan keunikkan buat haruman jenis Oriental ini. Pakar minyak wangi turut menyatakan bahawa haruman jenis oriental adalah aroma yang seringkali dipilih jejaka untuk tampil seksi dan menggoda. Parfum yang popular menghasilkan aroma oriental seperti Gucci Envy For Men, Dolce & Gabbana The One Gentleman dan Yves Saint Laurent Opium Pour Homme.

5. Aroma Oud

Di samping haruman jenis woody, wangian berasaskan Oud atau minyak gaharu menjadi pelengkap buat lelaki moden yang berjaya dan mempunyai kepercayaan diri yang tinggi. Sebagai minyak wangi yang bernilai agak mahal, ternyata haruman jenis ini bernuasa hangat dan smoky. Haruman ini boleh ditemui dalam parfum Boss Botlled Out dan Tom Ford Oud Wood.

Carian Berkaitan

minyak wangi lelaki disukai wanita

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Kenali Karakter Lelaki Idaman Menerusi Minyak Wangi #lelaki #Lelaki & Minyak Wangi #Lelaki dan Minyak Wangi #Minyak Wangi Berdasar Personaliti Diri Lelaki #Minyak Wangi Dan Personaliti #minyak wangi lelaki #minyak wangi lelaki bau lembut #minyak wangi lelaki paling laris 2017 #minyak wangi lelaki paling laris di malaysia #minyak wangi lelaki paling tahan lama #minyak wangi lelaki yang disukai wanita #perfume lelaki paling wangi 2017

Cara Menghilangkan Marah Mengikut Ajaran Islam
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk
Lemah Tenaga Batin, Mati Pucuk. Ini Punca & Petanda Awal Wajib Lelaki Ketahui!
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang
Senarai Barangan Yang Dilarang Dalam Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Terdapat peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh para penumpang pesawat, termasuk antaranya peraturan mengenai benda-benda
Senarai Makanan Paling Sesuai Semasa Wanita Datang Haid!
Dalam kitaran sistem reproduksi wanita, sewaktu PMS, semasa pengovulan, semasa datang haid dan

Comments are closed.